PhotobucketPhotobucket

Wednesday, 9 May 2012

KMLVenture | Edisi Minggu Orientasi

Hey lovelies 。◕‿◕。

Bertemu kembali. Ececeh. Haha. Kali nie sis nak citer pasal orientasi di KML.One word to describe.

HELL

Haha.Melampau betul. Menakutkan bebudak nak masuk je.Haha. Tapi that's the truth. Tanyalah mana-mana ex KML,msti dorang cakap orientasi masa di matriks la paling challenging giler. Lagi challenging dari universiti.Serius! Bagi sis sendiri, personal experience, orientasi di UTM masih boleh makan,cukup tidur lagi tu. Hahaha. Yang nakal sikit, sempat pergi Jusco Taman Universiti tu.5 minit je dari UTM.Haha.

Orientasi di matriks biasanya mula hari isnin.Sis dulu mula malam kalau tak silap. Korang akan dapat tentatif masa mendaftar. Biasanya ada pengumuman juga kat speaker di setiap bilik di blok.Untuk membangunkan pelajar dari lena yang panjang,untuk mengingatkan pelajar tentang program hari tersebut.

Sepanjang orientasi kena pakai kad matrik.Kalau tak,habis lah korang. Serius! Habis korang. Teruk dikerjakan para fasi. Haha. Thank God sis tak pernah kena la sbb sis sorang yang dedikasi.Setakat pakai kad matrik apalah sgt. Haha. Korang HARUS ikut dress code yang ditetapkan. Pakai kasut. Flat kalau boleh. Jgn nak mengada pakai heels. Nak tahu kenapa? Ada hukuman mencangkung dikenakan kalau ada rakan-rakan korang yang lambat masuk dewan mutiara nanti. Tengoklah nanti.. Kasut sis dulu habis je orientasi seminggu tu,tapak entah ke mana,bucu kasut terbuka mcam nak makan orang je.Haha. Ahad tu kuar terus beli kasut baru.


Beli kipas. Sukati korang nak kipas kertas,yang plastik pun boleh. Kipas guna bateri kalau kaya sikit pun boleh.Haha. Sebab korang akan rasa macam dalam oven semasa berkumpul di Dewan Mutiara nanti. Sumpah tak tipu. Bayangkan 2000 lebih pelajar dalam satu dewan. Bahagian pelajar lelaki okay sikit. Mereka kurang dari pempuan. Yang pempuan nie haa.. dahla terhegeh-hegeh nak masuk dewan, lambat pastu ada je kena suruh semua budak pempuan bangun and "Compress" "Compress"!Perkataan compress,compress nie la yang korang selalu dengar masa minggu orientasi tu.Haha.Keadaan dalam dewan sangat panas dan berbahang.Pakai baju kurung memang Fuhh. Panas nak mampus. Nasihat sis untuk girls, duduk kat tepi-tepi sekali. Duduk kat tepi pintu-pintu tu.At least ada angin masuk.Haha.

Harus hafal lagu rasmi KML dan Wilayah Persekutuan. Lupakan lagu negeri korang. Haha. Second day kami dulu dah harus kena hafal lagu. Nasib baik semua genius so takde masalah la. .

Kalau bersukan tu,harus buat elok-elok. Kang kena tangkap ngan akak2 tu,fuhh naya.. Haha.. Pakai dress code yang betul. Oh ya,kat matriks takleh guna SELUAR JEANS tau. Even korang simpan dalam beg tak pakai pun,kalau ada spotcheck kena rampas juga. Dulu berguni seluar jeans kena rampas. Haha. Nasib baik sis bukan jeans person dulu so ada bawa seluar jean cuma nasib baik tak kena rampas.

Rambut takleh kaler.Kalau kaler,korang kena brain wash oleh akak-akak.Haha.Minggu orientasi nie lah minggu fasi-fasi kenakan junior sesukati je.Dorang suruh gigit kad matriks lah,mencangkung la,angkat beg atas kepala la,berjemur tengah panas time pagi la,kena berbaris masa ke Dewan Mutiara la.. Seksa. Sungguh. 

Kena bangun seawal 4.30 pagi.. Habis program around 12-1 pagi. Penat giler. Kalau takde air korang lagi penat. Mana nak takung air dulu.Jangan mimpi nak basuh baju.Konfirm takde masa.Cuci je pas habis orientasi tu.Repeat pakai baju yang sama mana yang tak berapa nak kotor tu.Rasanya sekarang KML dah takde masalah air sebab ada tangki khas untuk matriks sekarang.Bersyukurlah korang ye.Haha.Sis tak sempat makan pun sepanjang minggu orientasi tu. Korang takkan diprovide makanan tau. Beli sendiri. Tapi serius tak sempat. Jadual padat giler. Tak padat pun fasi-fasi tu sengaja melengahkan masa. Hari pertama sis di Labuan witout parent rasa siksa giler. Dahla tak makan seharian. Nasib baik ada beli stok makanan before mendaftar tu so makan tu je lah. Minum air kotak. Pathetic giler. Haha. Nak nangis je rasa tapi orientasi tu la yang membentuk personaliti pelajar matriks kuat dan cekal macam sis sekarang. Sebab tu orientasi kat U tak rasa mencabar kot. Haha.

Tapi jangan risau,seminggu je. Tak terasa tu. Pejam celik dah habis. Dalam masa seminggu tu,make friends as many as you can sebab akan berguna kelak. Percayalah. Hehe.


Till then,sis akan update pasal fasilitas pula ya.Malam nie ada LifeGroup ngan member Hope Church. ^__^


2 comments:

Felicia Richard said...

ya ampun. merana hati ini membacanya T____T

Terima kasih laban udah sharing dito. so at least ulih prepare mimit. mimit jak. haha =.='

Vieraღ said...

@Felicia Richard

Mind preparation is much better my dear. Hehe ^^