Okay dengan rasminya saya mengumumkan saya dah membelanjakan BB1M saya. Yeay *tepuk tangan*
Apa ? Cepat sangat ? Ke lambat habis nie ? Sukati aku lah baucar aku. Jawapan macam nak kena lempang je. Haha.
Saya beli printer HP Deskjet 2000 yang boleh print je. sebab saya dah ada scanner so no nid scanner anymore. Printer bernilai RM99. Omooo murahnya kan kan ? Tak heran laa sebab HP je pon bukan Canon. Kekeke. Lagi satu saya beli masa PC fair dan paling sadis, tinggal 2 je masa Cik Fairuz melawat fair tu dan dengan segera menelepon saya yang masih di fakulti saat itu. Tatkala mendengar berita itu maka saya berlari la sekuat hati ke DSI untuk membeli printer itu takut tak sempat sebab sangat laku kot. Terima kasih pada sahabat saya Cik Fai sebab mempertahankan hak saya untuk membeli printer tersebut. Haha. Sekarang dah boleh print sesuka hati. Haha. Takyah menyusahkan cik Fatin lagi dah. Cuma kena tanggung kos ink je la pasni tapi ink HP murah. Kekadang masa sale, combo colour + black ink dapat RM64 je. See see ? sangat menepati citarasa pelajar. Haha.
Printer kesayangan saya :) |
Dan tadi (9/3/2013) si Jac telah mengajak sis Christie ke Sutera Mall, sebab SM je yang ada Popular yang terdekat kat kawasan UTM nie la. Memandai je aku bagi nama SM. Haha. Tapi malangnya Popular SM sangat kecik. Buku cerita sangat sikit. MPH di Jusco Taman U lagi banyaaaaaaaak buku. Sigh. What to do. Aku gagahkan diri juga untuk mencari buku-buku yang berkualiti, yang worth buy kat situ. Nasib baik terjumpa satu dua buku yang memang dalam wishlist aku. Antaranya karya Ain Maisarah dan Wedding Breaker (Evelyn Rose). Sebenarnya banyak lagi dalam wishlist aku seperti siri Impiana,Jutawan Gedik,Mr Right Selebriti semuanya karya Ain Maisarah. Tapi takde pula. Kat Sarawak ada, sini takde. Apa kes? Haritu tak beli kat Swak sbb belum dapat baucer lagi. Tetiba rasa menyesal pula. Huhu. Nak wat camner, guna lah duit sendiri beli buku-buku yang belum dipangkah dalam wishlist. Takpun menumpang baucer my mom. Haha. Dasar parasit.
Then the rest of it, aku belikan bible kaler pink tuu~~ dan stationaries. Sepatutnya habiskan RM100 tapi melebih pula. Haha. Aku memang camtu. Tak tertahan nafsu shopping. Tu pun setelah distreaming mana-mana yang tak patut dibeli dikembalikan ke rak semula but still melebih. Muehehe. Jac yang berhasrat nak menghabiskan RM200 hanya mampu spend RM100 je. Tu pun mati matian mencari apa lagi barang untuk dicukupkan. Haha. Macam-macam. Dahla Popular ada T&C kalau guna BB1M. 80% adalah buku, 20% baru boleh benda lain. Jenuh la nak mengira. Aku ni sampai kena cari tempat terselindung sebab malu kena tengok dek orang ramai asyik mengira buku dan alat tulis dalam bakul. Lawak lawak. Haha.
Jadi marilah kita menjamu mata dengan gambar barang-barang shopping guna BB1M nie. Hihi.
Novel dan diari :)
Ni pula bible yang sangat comel. NKJV, hanya RM 24.90. Mana kau nak jumpa bible pink nyah.. ni pun last stock tadi. Gahh. So many things happened sebab bible nie. Haha.
Buku yang 80% kononnya.
Decoration tape. Sudah lama mengintai ni di MPH baru harinie memilikinya. Haha. I think this is creative. No nid sticker anymore. Just roll and tadaa, berhias already!
Highlighter yang comel.
Sticker nak tampal kat scrapbook polaroid
Pen yang comel, Berdakwat jel. I loikee~~
Diari. Entah bila nak guna sebab aku ada banyaak buku diari yang comel-comel. Haha.
Haa! Told you, banyak kan? Hanya yang second from bottom tu je dah pakai. Haha. Aku suka kumpul buku comel-comel nie tapi tak kumpul membabi buta la. Kena ada fungsi juga. Hee XD
So kesimpulannya saya rasa saya spend RM250 kali ni dengan berbaloi baloi, bukan macam tahun lalu yang entah apa je yang dibeli. Pfft. Walaupun plan asal nak beli buku-buku yang berkaitan Oracle dan PL/Sql for Dummies di Kinokuniya, tapi tak jadi sebab saya tak dapat nak pergi sana. Then pujuk hati dengan mengatakan buku tu ada ebook kat internet tinggal download je and yes, saya ada ebook dia. Haha.
Selain itu, saya beli buku online. Karya terbaru Nurul Syahida. I like her. She is my favourite Malay novelis apart from Ain Maisarah dan Hlovate. Why? Sebab cerita yang dihasilkan Cik Shai nie unik. Tak klise. Betul. Tak tipu. Ada masa I will spent sometime to tell you all why I love her :)
Inilah buku nya, Sekolah Banyak Penunggu! Saya order last week tapi servis kedai online tu kurang memuaskan la espcially dari segi khidmat pelanggan. Saya taktau pun buku ni dah dipos sebab takde notis. Last-last Jumaat,semalam randomly pergi pejabat kolej,tengok-tengok 5 hb haritu dah sampai. See ? Saya dah emel tanya bila nak pos tapi takde reply. Dahla saya pelajar Uni so urusan surat menyurat bukannya direct kepada kami. Semuanya pergi pejabat kolej dulu. Tapi saya salute la sebab kalau tak silap, isnin malam saya bank in then selasa tu kot dorang pos. And Rabu sampai. cepat bertindak secara praktikal tapi tidak secara khidmat pelanggan terutamanya membalas emel. Huhu.
Hati yang terluka diubati dengan tandatangan Cik Shai! Wohoo bukan senang tau, saya ni pun bukannya pengunjung setia Pesta Buku Antarabangsa yang biasanya novelis ada kat sana untuk sesi tandatangan jadi haruslah bangga dapat autograf nie walaupun tak jumpa face to face. Thanks Cik Shai, saya akan support awak sampai bila-bila. Sesapa yang berminat nak beli juga, marilah ke ARRAZI. 50 pembeli pertama berpeluang mendapat buku yang dah disign Nurul Syahida dan dapat badge Saya Survive macam yang korang nampak dalam gambar tu. Hee. Hanya RM15.00 ! Harga TAK termasuk postage ye.
5 comments:
Hi Valerie,
Saya bagi pihak Abg Long memohon maaf sebab tak ada reply. Abg Long skrg ni terpaksa guna Cyber Cafe untuk uruskan pembelian sbb ada masalah internet dan saya pun memang tak dimaklumkan apa-apa sampailah masanya bila buku dah dapat dan nak ditandatangani.
Pasal notis tu nanti saya minta Abang Long inform tracking number next time. Bila Valerie cakap, baru perasan yang Abg Long tak pernah inform tracking number.
Maaf sekali lagi ya? Harap enjoy SBP!!! Thank you soooo much, bebeh!!! ^^
Hai cik Shai XD
It is my honor to receive your comment here in my blog! Thanks for visiting. I don't know what keyword bring you here :D
It's okay. As long as my book was post on time, I have no problem.
Hope Arazi can improve their service from time to time ^__^
Of course I enjoyed SBP! As expected from you,never dissapointed me. Keep writing a quality novel. Can't wait for 3 Hati to be release at bookstores.
:D
Hi, dekat mana boleh pakai BB1M nie untuk beli printer? So far banyak tempat yang saya pergi semua kata kena beli buku and stationery jer? thanks
@Nabil Azmi: Saya beli masa PC Fair kat Universiti saya,UTM Skudai.Masa tu je bole guna baucar buku utk bli printer. Kalau selain dari tu,taktau pula.Maaf tak membantu sangat :)
Owh.. thank you. Tak perasan pulak Viera tulis UTM Skudai.. Saya dekat UTM KL.. Dah pergi Popular, MPH dan borders dorang kata tak boleh. Maybe kena pergi bookshop kecik2 yang accept BB1M.
Post a Comment