PhotobucketPhotobucket

Friday 29 June 2012

❤ Moon Embraces the Sun | Dr. Jin ❤

Hey lovelies 。◕‿◕。

Oh yeah Oh yeah Oh yeah. That is how a proper lady should react when in holiday mood ? Haha. Who cares anyway. Since cuti bermula so aku nak share and review la drama korea yang aku layan lately nie. Rajin pula nak mengreview citer ye cik Viera kita nie. Kalau suruh study, bapak liaatt. Haha. Sampai ke hari nie belum ada kekuatan nak cek display list. Takuttttt! Tak pepasal tak nyenyak tidur malam sbb fikir result. Heh, nak menyesal pun takde guna. Do it better next sem. Ayat klise. =.="

Okay, move on. Masa study week haritu aku tengok citer Rooftop Prince and Moon Embraces the Sun. Whoaa.. hebat. Org semua pi study, kau pi tengok K-Drama apakes? Haha.. aku memang cmnie. sibuk study week sibuk tu juga nak tengok K-Drama. Tapi harinie aku just nak review Moon Embraces the Sun je sebab ? Sebab citer tu Daebakkkk!! Ada Kim Soo Hyun yang comel. Ececeh. 


Sinopsis? Google sendiri. Malas den nak citer. 

Cuma nak puji sikit okay tak sikit tapi banyak banyak untuk Kim Soo Hyun punya acting skill lagi-lagi untuk crying scene kat dalam citer nie.




Kim Soo Hyun memang pelakon yang hebat. Memang layak la dia dapat Anugerah Best Actor haritu. Congrats Oppa ❤

Tiap kali dia menangis dalam cite nie, I was in AWE ~ Berdiri bulu roma.. dan aku pun turut serta menangis sekali. Okay,tak pepasal. Haha. But seriously,air mata dia memang real tak guna eyemo k. aku sendiri tengok Behind The Scenes. Sumpah, dia sendiri cakap dia memang suka menangis sebab dia suka the weird feeling yang dia rasa masa dia nangis tu. Haha. Pelik tapi benar. Korang tengok sendiri la citer nie,air mata dia berjuraian giler.. aku macam nak takung ngan baldi je masa tengok dia nangis sebab air mata dia banyak sangat.. aku punya lagi banyak kot. Lepastu rasa nak peluk dia je, comfort him. Cewah.Haha. Walaupun aku mula minat dia dalam citer nie, tapi still hati aku nie tak nak tengok citer Dream High. Entahla. Menyampah kot dengan Suzy tu. kekekeke.

Berita gembira, dengar-dengar Kim Soo Hyun akan muncul di Running Man. Daebakkk ! Tak sabar nak tengok. Ngeee ^^

Citer nie overall memang sangat best. Every episod dorang blend dengan sangat bagus.. Aku suka episod akhir citer nie sebab every part, evry watak dorang huraikan satu-satu ending nya. sangat teliti dan memang patut la ranking nya nombor satu di Korea masatu. Aku suka ending yang teliti. tak yah nak gantung cerita sangat la sbb aku rasa takde makna je. cewah,sibuk je nak mengutuk. Haha. Aku luahkan pendapat aku je la :P

Sekarang masa cuti,heaven giler tengok citer Time Slip Dr Jin. Drama nie drama di MBC pada malam Sabtu dan Ahad di Korea. Masih lagi ditayangkan. Baru sampai episod 10 dan aku dah habis download sampai episod 10 tadi. Thanks to Wifi kedai komputer kat bawah. Bapak laju giler.. kalau takde wifi kedai komputer tu, aku taktaula nasib aku.. bosan nak mampus kot. Haha. Hiperbola sungguh. Yelah, nak harapkan broadband untuk download ? Pffft.. baik takyah. ada je cite Korea lain cuma aku nak tengok Dr Jin juga sebab ?? Song Seung Hun Oppa ❤

 Ommmmoooooonaaaaa ~ Ottokhae ? Ottokhae ? Handsome giler... *pengsan* Dahla dia jadi doctor dalam citer lagi lah aku gila.. tak tido malam dibuatnya.. Hahaha..


Fokus oppa,fokus. kang tak pepasal kena saman sebab salah bedah. Haha. Dalam citer nie dia seorang genius neurologist. Pakar bedah kepala otak. Haa..ambik kau. Tapi entah macam mana, ada satu kes pelik terjadi di mana ada foetus dalam kepala salah sorang patient dia. pastu bayangan fetus tu selalu ganggu dia. sampai satu malam pesakit yang fetus tu tadi, nak jatuhkan diri dari bumbung hospital and Dr Jin try selamatkan dia tapi akhirnya dorang dua jatuh sama-sama. Tup tup bila Dr Jin sedar, dia kat mountain. Era Joseon lagi tu. Dia kembali ke zaman dulu-dulu dimana kewibawaan dan skills medical nya sangat dicabar masa era nie sbb kekurangan equipment dan ilmu perubatan zaman Joseon mana lah setanding ngan ilmu perubatan yang ada pada Dr Jin yang datang dari masa depan nie kan ?

Banyak sangat konflik berlaku. Every episod ada je kes yang memerlukan Dr Jin buat pembedahan dan mencabar medical skill dia.Yelah, korang bayangkan 150 tahun dulu, mana ada laser nak bedah kulit kepala. Gerudi nak buat lubang kat tengkorak untuk keluar kan darah beku. Dr Jin sampai kena guna hammer ketuk tengkorak tu. Nampak real sungguh ! Aku sampai pejam mata tengok scene bedah-bedah tu.. Euw euw. Haha. My mom cakap, " Patutlah tak leh jadi doktor. Isk isk isk. " Haha. Betul bah. kegelian tengok kulit kepala yang dibedah tu. aku rasa mcam kepala otak aku yang kena. nyilu rasanya. Haha. Tapi memang citer nie, sepanjang 6 episod aku dah tengok, memang daebakkk! Banyak benda baru yang aku tahu. sebab citer nie bukan setakat love euw euw tu je k. Citer nie dedahkan mcm mana kuasa politik zaman Joseon dulu,perbezaan darjat dan kelas masyarakat yang memudaratkan orang bawahan. Nasib baik la dah takde pengkelasan darjat lagi sekarang nie. kalau ada, aku rasa aku di kelas noble family. Hahaha..

Aku salute sungguh dengan scriptwriter citer nie. Kreatif betul. Lama dah aku tak tengok citer doctor-doctor nie kat tv sekarang. Since ada Dr Jin nie lah satunya pengubat rindu aku. Haha.. Yelah, cita-cita nak jadi doctor tak kesampaian so apa yang mampu, tengok drama pasal doctor je la..Sekali tengok citer nie buat kau ingat citer Black Jack. Ala anime tu. Doctor Black Jack with his scalpel.. Best.. ^^ Tapi sayang kiterorg dah takde Animax lagi sekarang so tak layan Black Jack lagi dah. Heh.

You guys should watch it too. Ranking kat Korea kureng sikit la citer nie sbb citer nie weekend kot. Setakat nie average ranking around 3rd place je..tak kisahla yang penting ilmu dan pengajaran yang aku dapat dari citer nie, sangat bernilai. Korang takkan dapat belajar dari buku pun.

And aku nak komen sikit acting skill si Kim Jaejoong, ala Jaejoong JYJ tu.. Dia berlakon as anak gundik kepada Left State Prime Minister dalam citer nie. Namanya Kim Kyung Tak and also tunang kepada Hong Young Rae(Park Min Young). Dia seorang pegawai polis la kiranya yang jaga keselamatan dan keamanan di Hanyang. Ibu kota Dinasti Joseon masatu. Si Jaejoong nie aku tengok, macam kureng sikit la acting skill dia. Sorry la untuk peminat Jaejoong tu ya. Tapi serius 6 episod aku tengok citer nie, muka dia tu bila berlakon macam kurang ekspresi . ke aku yang salah tengok nie ? Haha. Sungguh seksa aku menengok kalau kuar scene dia. Haha.Takpelah Jaejoong. You have try ur best I think. Ada lebih kurang 14 episod lagi untuk kau improvekan acting skill kau tu ye.. hik hik.


And adik aku yang Form 3 pun join aku tengok citer nie. Haha. My mom takyah cakap la. Kiteorg berdua peminat susah mati SSH nie.. Sejak zaman Autumn in My Heart lagi.


Whoaaaaa * buka mulut luas * Badan abang nie,berketul ketul pas kuar dari Military Servis 2006 dulu. Hehehehe . .  Rambut SSH macam rambut ninja pula. Haha. But still, handsome as usual ❤

Okay sekian. Review K-Drama harinie.Nak sambung tengok Dr Jin kat Tv Plasma,cucuk external hardisk and there you go, HD lagi tu.Haha. Adios ❤

Wednesday 13 June 2012

Final Exam Semester II

Hey lovelies 。◕‿◕。

Tengok Cik Fairuz post pasal Final Exam Semester II so kite pun terhegeh juga nak citer. Hehe. Currently aku kat PSZ, konon nak belajar Network la setelah seharian kat bilik takpat nak study langsung sbb network subjek sangat BOSAN!! Sungguh Virtual. Tetiba teringat Virtual Barber. Haha. Apapun chapter 23 dah siap baca. Baca je bukan nak faham betul-betul pun =.="

Setakat nie 2 paper down. TITAS dan Programming Techniques II. Titas okay je. Walaupun ada nama NC UTM kuar, Zaini Ujang and I was like ?? Eh eh takde pun dalam buku TITAS semalam? Haha. Kantoi tak baca buku habis. Ya, ya saya mengaku. Saya tak baca abis pun. Dah sampai page 200 something terus rebah. Kalah dengan rasa bosan dan mengantuk. Huhu.

Programming macam biasa je. Macam last sem ? Tak kot. Better rasanya. Rasa je pun. Haha. Apapun pasrah je laa.. kekadang rasa macam nak berhenti belajar pula. Eh tetiba ? Haha. Takde laa. Itu hanya perasaan putus asa yang menghantui diri. No matter what happen, my Heavenly Father will always be with me <3

So next week paper Network on Monday. Wednesday pula paper Computational Math and finally, Thursday paper Web Programming ! Wehuuu! Ceh ceh happy gaya macam dah habis periksa. Apakah ? Saje nak trigger mood happy sikit atleast bermotivasi sikit la kan kan ? Hahaha. My only hope to get A this sem is Web Programming. sebab aku minat subjek tu. minat giler giler. bukan macam dengan Network nie haa.. virtual virtual.. tak nampak pun apa benda yang aku belajar nie dalam konsep real life. Huhu. sadis tak?

Apapun I just do my best. Dapat C ke atas dah syukur dah, hahaha.

Okay, adios.