PhotobucketPhotobucket
Showing posts with label pink. Show all posts
Showing posts with label pink. Show all posts

Tuesday, 18 December 2012

Meet Chrissy, Best Christmas Gift Ever. ◕ ‿-。

Hey lovelies 。◕‿◕。



As you all know, haritu saya ada post pasal Christmas Gift 2012 kan,so meet Chrissy,my mini instax 7s.

Hanya RM199 with Free Delivery!

Itu yang penting. FREE DELIVERY. Haha. Apart from the fact yang ianya sangat murah berbanding dunia nyata dan online shop yang lain.



Package nya?
Instax 7s Pink
Batteri 4 biji
Manual book
Warranty Card
Strap
FREE 10 pieces Plain Film

Package biasa kita nampak di Online shop, cuma harganya lagi murah. Sangat murah. Even mak saya sendiri terkejut. Tehee. Thanks to one of my friend yang suggestkan untuk beli di Lazada.



Saya order hari Sabtu haritu kalau tak silap. Once my dad dah bank in sebab dia janji nak belikan nie utk saya,so lepas sekian lama compare sana sini di online shop, akhirnya ambik keputusan untuk beli di Lazada. Perkhidmatan terbaik la. Senang je. Sign Up then dapat free coupon RM10  and coupon ni hanya boleh digunakan utk pembelian RM100 ke atas dalam masa 30 hari selepas sign up dengan Lazada. My stupidity, saya tak perasan pun ada email pasal coupon nie masa saya order haritu so end up me not using it la. So rugi. Kalau tak mesti jimat RM10. Huu. Moral of the story, cek emel selalu okay. Haha.

And petang tadi dah sampai. Rasanya dorang pos semalam kot. Saya tak berniat pun nak cek ke ofis tadi tapi macam ada some kind of feeling suruh cek,so saya pun pergilaa and tadaaaa ada nama dalam buku log masuk barang and dapat kotak Gedex. Ooo mak aiii memang teruja giler la. Rasa nak melompat masa tu jugak! Haha.. 




Sumpah, rasa gembira sangat bila benda yang kita idamkan selama nie akhirnya dapat. Whew. Big thanks and hug to my parent espcially, despite my result in study pun bukannya bagus sangat selama nie but still they make my wish come true. Love you mom, dad ❤



Wajah happy suka hati bila dapat kamera idaman hati, cewah berima gituu~~ Lepas nie boleh la tangkap gmbar instantly siap on the spot and berangan nak buat buku skrap dengan contengan dan doodles sendiri. DIY art la konon. Hanya perancangan semata-mata.Taktau jadi kenyataan ke tak kalau dengan kebusy-ness begini.. Haha. This coming Christmas, we'll have fun with Chrissy. Ngee ^___^

p/s: Now waiting for another parcel. Surprise surprise ◕ ‿-。


Wednesday, 5 December 2012

Korean Style Dress for Sale.

Hey lovelies 。◕‿◕。




Korean Style Dress for sale ♥ .
Never wear it. 
Selling it because it is not fit on me. 
RM 50 , FREE POSTAGE :) 
Interested ? PM me ♥

Tuesday, 27 March 2012

Cute Items for SALES ❣

Hey lovelies ツ

Rajin pula cik Viera ni skrg update blog.Yelah,wajah blog yang baru mestila semangat nak update.Ececeh.Padahal takde kena mengena pun.

Okay kali ni nak promote cik Viera punya bisnes.V ada buat neckstrap dan hp strap and keychain masa cuti panjang haritu memang untuk dijual kat online and UTM juga..so,korang boleh support my bussiness dengan menjenguk ke kedai comel saya --->vieracuteshoppe.blogspot.com.

Antara yang V jual sekarang ;





Comel tak ? Ngee~

Nak tengok lagi sila ke sini ya --> Viera Cuteshop 2012 Collection

Sudikan diri untuk membeli dan share ya.Hehe.


Thursday, 1 March 2012

March :)

Hai hai hai !



Sem II dah bermula di UTM dengan baik.Ececeh.Azam sem II kali nie,memantapkan kerohanian diri.Itu penting.Run with Jesus ♥ Then,study well.Notes kena mula buat dari awal.No last minutes.Same goes with assignments.So far,dah dua minggu belum ada assignments lagi.Sangat relaks ya.Haha.

And all I can do is revise,revise and revise.

Semalam serius sumpah kepala serabut.Dengan macam-macam hal.Tidur,ingat boleh lupakan masalah.Tapi tambah teruk.Nak citer kat sini la masalah tu.Hihi.

1)OGM PERSAKA ke-6
 Since aku merupakan S/U untuk Persaka and untuk program nie,so kena handle surat-menyurat,tentatif dan teks emcee.Segala nya dah siap masa cuti haritu.The problem is the pengarah program.Dah berapa kali aku asak dia suruh buat paperwork cepat-cepat tapi masih juga lembap.Huh.Last-last,aku juga yang kena setelkan.Pening kepala den.Tu yang mengamuk kat Twitter,eceli takdelah mengamuk sgt cuma lepas geram je.Hihi.

2)MATR '11
Program ni anjuran JKM Kolej Tun Razak.Kolej tempat aku tinggal sekarang.Aku dilantik jadi K/U Unit Protokol.Sebenarnya takde masalah pun unit aku.Cuma kena sedia tentatif,teks emcee dan teks VIP.Tak jadi masalah sgt pun benda tu sebab boleh google.Haha.The problem is,MATR nie clash dengan hari pembatism air aku.Aku takut nanti dalam dilemma pula walaupun program nie mula malam tapi atleast petang dah boleh tolong orang kat hotel.Kalau disuruh pilih pun,aku akn pilih pembatism air aku tu.Biarlah aku lepaskan tanggungjwab kat anak-anak buah aku on that day.Tapi,kalau boleh taknak juga gitu.So,the only hope,aku harap program nie ditangguhkan.Ditunda lambat sikit,after the day aku lalui pembaptism air aku atleast.Hehe.

Dua benda ni sangat mengganggu fikiran aku semalam.Korang tak kan nampak la betapa rumitnya sebab tak melalui kan kan ? Haha. 

Then,try tidur petang kot boleh reduce masalah tapi nampak gayanya makin berat kepala otak.



Then,teringat : my relationship wif HIM lately,I'm rarely talking to HIM so I meditate before sleep.Cerita segala masalah kat DIA.Lepas tu rasa sangat tenang.

Next day,pengarah PERSAKA buat meeting.Inform yang OGM akn ditangguhkan ke 14 March.Aku rasa segala beban aku dah lepas separuh badan masatu.Taktau kenapa walaupun aku tak mengharap pun OGM tu akn ditangguh cuma,entahlah.Atleast adalah masa untuk prepare kerja-kerja yang belum siap tu.

MATR'11 pula,ada ura-ura mengatakan akan ditangguh.Aku doakan.Amin.Haha.Bukan jahat okay? Masalahnya program tu belum dapat kelulusan HEMA pun.Zero bajet.So unit cenderahati nak gerak macam mana? Nak cari hadiah? Betul tak? Unit aku takpelah.Tak perlukan ongkos.Hihi.

Apa-apapun,aku harap MATR'11 ditangguhkan ke tarikh selepas pembatism aku tu.Amin. ^^

What I've learnt these few days:


Next,aku tolong my boyfie design poster untuk assigment terakhir komunikasi dia.Kena design poster untuk sesuatu produk.And I come out with produk jam yang boleh bertukar tali ikut mood.Cewah.Haha.



Nak tengok tak?










Betul nie ?


















Nah,kan kite dah cakap,it is way tooooooooooo pink! Haha.Sapa suruh kalau peminat pink tegar buat poster memang cam nie la jadinya. Ceh,alasan. Haha. Sorry ye sayang,too pinkiush. Dahla produk nie memang produk lady,so wajarlah pink jadi tema.Aku taktau la macam mana boyfie aku akan tunjuk poster nie kat lecturer and kwan-kawan dia.Haha.Lantaklah.Yang penting aku dah buat sehabis baik.
And ya,number tu bukan number sebenar k.Aku reka je. :P
I really hope it is okay with him.Dia belum tengok lagi katanya.Haha.

Till then,welcome March! ♥








Thursday, 19 January 2012

Samsung Galaxy S2 in Wishlist

Hey hey you you~

OMG! OMG ! OMG! OMG!

This is the best smartphone ever.



Gotta get this if I get 3.00 pointer and above this sem.Eventho the price quite expensive maybe I just cedok my PTPTN and ASB Dividen.Hahaha.


Exceli myself bukan penggemar handphone jenama Samsung tapi lately nie ada seorang kawan menyedarkan Samsung pun not bad juga.Yelah,selama nie asyik stuck ngan Sony je.Laptop Sony.Hp Sony.Kamera Sony.Nak buat mcm mana.Dah Sony je yang selalu ada produk warna kegemaranku iaitu PINK.Haha.Lagipun Sony okay apa.

Berbeza dengan Samsung Galaxy S2 nie,apa yang paling aku suka ialah VOICE TALK. Perghh. Dari dulu lagi berangan and berfikir ada tak buat smartphone yang bila kita command je,dia akan buat command kita tu..And last year dapat tahu Iphone 4S boleh buat. Boo. My idea.Haha.Nak Iphone 4S tapi still student so jangan nak mengade ye.Then again lupakan je lah.Huhu.

Just now,since myself mencutikan diri dari bercrafting so mula lah google sana sini pasal smartphone yang warna PINK,harus wajib ada dalam kategori.Keluarlah SAMSUNG GALAXY S2. Taktahu lah kat Malaysia nie dah ada ke tak warna pink.Kalau belum,akan ku tunggu kaler pink sampai sekaligus menunggu harganya turun bawah RM1000 sebab skrg nie search kat internet harganya masih RM1000 ke atas. Bapak mahal aiee~ Mcm yang aku cakap td,kalau desperate sgt akan ku cedok dividen ASB haritu.Dan PTPTN sbb my dad dah janji akan beli hp baru kalau dapat 3.00 pointer ke atas sem nie.and bajet dia bawah RM1000 la.

Takpe takpe.Sabar Vie.It's for ur own good.Macam dulu nasib baik tak dapat 3.00 pointer ke ats utk matrikulasi kalau tak mesti terbeli Xperia Ray dan gigit jari tengok Galaxy S2 nie. Pergh.Alasan.Haha.

Takyah nak explain la specs dia.Korang google sendiri.Aku cuma enhance spotlight smartphone nie adalah VOICE TALK nya.Boleh la text darling di kala mengantuk,takyah buka mata nak taip msg cuma cakap je.Ngeh ngeh ngeh. :P

Harap sangat harganya akan turun bawah RM1000 Februari nie.Amin.Amin.Kalau ada warna PINK lagi bagus.Kalau takda,ambik yang warna putih kot pastu cari casing.Tp tetap tak puas hati.Nak pink jugak! Haha..Kita doalah moga pink available kat Malaysia sekarang.Anyone knows? Ngee~

Till then.Love you Galaxy S2 <3