PhotobucketPhotobucket
Showing posts with label UTM. Show all posts
Showing posts with label UTM. Show all posts

Friday, 20 December 2013

3rd Year. Semester I.

Hey lovelies 。◕‿◕。

Oh hai. It's been a while. Busy me. It's just today that I feel like wanna write something here. Just telling story of how busy my life as a 3rd year student in UTM.

Final week before study week. It's hurricane. Everyone is busy doing their projects, mengejar due date. and everyone also emotionally unstable. but not everyone laa. and I don't give a damn if you just emo by yourself. Just,please don't melampiaskan kemarahan,keeomo-an tu pada orang lain, TANPA SEBAB. Be matured. Everyone is in the same shoes as you. When you're about to think how UNLUCKY you are, think twice. There are lots more people out there,far apart unlucky compare to you. Even this small stress you can't handle, what do you expect when you're working later? Think carefully.

Okay, awal bicara dah marah orang. HAHA. No, I don't mean to marah orang. It is just a reminder. 

So how's 3rd year so far ? Mcm biasa, awal sem minggu pertama tu tak busy sangat. tapi lepas tu hambik kauu. kuiz,tests,assignments,.. now end of the kuliah week, lots of things to be submitted.

Kalau semuanya setel before study week kan bagus. Ni takk. Ada lecturer yang belum bagi projek. Tapi nak minta hantar masa exam week nanti. Ada yang dah bagi projek tapi lambat giler sampai nak kena bentang minggu exam juga. Nak kena review paper lagi. 

I'm not complaining. It is just that lecturer ingat kita semua ni cuma ada satu subjek je ke satu sem? Sem ni ada 6 subjek. Projek pula 5. so almost everyday kena ada progress. And it's not like kau duduk,buat terus siap. Unless you're the genius type. pelajar cemerlang. meanwhile for student yang not so cemerlang like me, it takes time. even dah siap pun ada je yang tak kena. it is driving me crazy sometimes.

Carry mark. Well. mcm biasa. tak semua lecturer dapat show carry mark before exam. And I don't expect much. I know my performance already so just improve and add the knowledge in my head during study week. Now that I'm 3rd year,my goal is just to keep safe my GPA which is 3.00 and above. To qualify me to continue Master later. Most importantly, I can grab the skills and knowledge. Not sooo much on papers and exams.

Next sem, PSM I already. I have book my supervisor. SV that have experience in developing real system. Will learn alot of things from him. Also, he offer me to do the practical at his workplace too. So I can do my PSM and my practical at the same time. Plus,his workplace is in UTM and of course I will save the cost of living by doing my practical at UTM. Some people might says that I am afraid to take up the job ioutside UTM. Well hey there, apa kau ingat di UTM bukan real job ke? sama juga. you face the same things too. for computer science students, mana-mana kau kerja, berhadapan dengan benda yang sama. sistem. sistem dan sistem. 

But I really thank God. He is the one that makes me can go through all this craziness.  :')

Monday, 25 March 2013

Buzy Bee ٩(●̮̃•)۶

Hey lovelies 。◕‿◕。


Hujung minggu nie, penuh dengan Bible Conference. Start Jumaat malam. Sambung petang Sabtu then malam. Hanya break for dinner je.



Sedangkan ada dua test menanti Week 7 nie. Risau tu risau jugalah. Yelah,kengkawan belajar tapi saya habiskan masa mendengar Firman Tuhan. Kali ni tema Bible Conference ialah Prosperous Church. Saya tahu banyaaaaaak perkara thru this BC. Thank you Lord for this opportunity. And that give me strength for my upcoming days. As busy as bee.

Esok (Monday-25/03) ada Kuiz OOP. Tuesday pula Quiz Probability. Rabu malam, Test OOP. Jumaat malam Test OS.

Honestly, my faith and my trust to God dicabar. Tapi sangat bersyukur sebab melalui BC nie tadi, I learnt one thing. One MOST important thing. DIA akan memberkati kita as long as we are doing it for Him. So, I want to uphold my study unto His hand from this time onwards.I learn for Him. I want to be blessings for people around me. :)



Ada banyak benda mahu dikongsikan tapi tunggulah sehingga ada masa sesuai. Lately nie macam semua orang terasa dengan apa sahaja yang saya cakap. Hanya Tuhan sahaja yang tahu niat hati saya.

Till then. Doakan saya :)




Monday, 10 September 2012

❤ Sem III di UTM

Hey lovelies 。◕‿◕。


Inilah jadual baru saye. Saya sangat suka hari Jumaat. =.="

 Azam semester nie mestilah nak dapatkan keputusan yang baik dan cemerlang. Cewah gituuu ~

Yang penting sem kali nie,I will depend on God's strength NOT on my own strength. Amin ^^

Thursday, 12 July 2012

Semakan Keputusan Permohonan IPTA Sesi 2012/2013 Lepasan Matrikulasi,STPM dan STAM

Hey lovelies 。◕‿◕。

Selamat Malam. Wah, esok keputusan UPU untuk lepasan Matrikulasi,STPM dan STAM kuar kan? Mesti yang berlabel nie semua nabes malam. Tak lena tido la jawabnya. Haha. Been there, done that dear.


My advice, think positif. The power of positive thinking, you never know what you will get. What you will get is the best for you. Believe me.

Apapun korang boleh  buat semakan esok kat link yang diberi:

Cara Buat Semakan UPU 2012 Online

Semakan Keputusan melalui Laman UPU MOHE
Semakan Keputusan melalui Laman UTM
Semakan Keputusan melalui Laman UUM

Sumber: melvister.com


Tips dari Lady Viera, janganlah semak jam 12 tengah hari tu. Rasanya jammed kot tapi kalau guna saluran UUM tu kira boleh bernafas sikit la.. So,semoga berjaya !

Kalau dapat UTM Skudai, you guys are most welcome to ask any question here. Takpun find me at Facebook k. Make sure sertakan sekali private message baru Lady Viera nie approve. Hihi. Kalau dapat Computer Science (Database System) kat UTM lagi bagus. Let's be friend ! Saya sangat mesra orangnya. Haha. Masuk locker tutup sendiri :P

Lady Viera wish you all mendapat pilihan masing-masing. Apapun keputusan esok,hadapi dengan tenang k. Jgn stress-stress. Walaupun dapat kos lelong ke apa, that is what God give you so there are reasons behind that. Hope for the best !


Friday, 20 April 2012

Recently.

Hai awaks!

Semalam test Network and Communication.And I was like . . .


Haa.Okay tak lawak. Takda apa nak dibanggakan. Korang ingat senang ke jadi budak sains komputer nie? Aie,berasap juga lah kepala otak semalam. Tafakur punya tafakur selama 2 jam,sebelum 15 minit terakhir dah menyerah kalah.Duduk lama dalam  dewan pun belum tentu jawapan jatuh dari langit.So baik blah, pekena roti canai telur di N24. Lapar doe setelah memerah otak yang tak berapa banyak ilmu. Haha. Kenapa harus belajar  segala IP, 7 layer and calculation bits bagai tu,bila masa kiteorang belajar ? Nie mesti kes tak fokus nie Viera. Yelah, lecturer foreigner dari Somalia yang ajar. Dia ajar apa, cakap apa pun aku tak faham. Dia ke Somalia, aku ke Sarawak. Haha.

Sudah.Lupakan. Quiz and Final buat elok sikit. Ayat memujuk hati diri sendiri. Haa,insaf lah ye cik Viera. Kang dapat C lagi untuk subjek yang kritikal. Haha.

Yeay esok takde kelas tapi kena pergi fakulti,uruskan hal berkaitan dengan program kelas. Petang ada perbincangan nak buat website tadika ngan geng. Next week kena ada lah sikit -sikit daripada takda langsung. Kerja bertangguh tak menjadi. Hehe. Malam pula prayer meeting di gereja. Ouch,cik Viera sangat sibuk. Haha.



Dah jadi tabiat Cik Viera nie trace akaun keluar masuk wang kat Cimb Clicks setiap minggu, nak tahu la perbelanjaan kat sini kan. Yelah, kite bukan anak dato',kerabat diraja yang apalah sangat RM100 tu kalau dibelanjakan. Kan kan ? Haa. Then terdetect la quite excessive perbelanjaan last week. Dalam jarak sehari dah habiskan RM100++. Pelik giler. Vie beli apa ek ? Terbeli Iphone 5 kot bak kata senior. Hahaha. Sumpah pelik. Huhu. Puas ingat balik apa yang dibeli on that day tapi nothing. Clueless. Shopping takda. Beli kasut ke, baju ke ,memang takde. Makan adalah. Tapi makan sampai RM100 ? Seriusly ? Kau makan apa doe ? Lobster ke? Hahaha. Aduyai. Stress ~~  Since ada excessive expenses,this week kena double the jimat. Fighting! Tahan nafsu makan benda-benda yang tak patut. Aie,apakah? Haha. Jangan-jangan aku terbagi dua keping not RM50 yang warna biru tu dengan tak disedari yelah kot-kot ingat duit RM1 ke,kan sama kaler. Aku selalu macam tu. Aaaaa sudah. Rugilah kalau benda tu betul-betul terjadi. Huhu.



Biarkan. Benda dah jadi. Next time kena kawal diri sikit. Kontrol perbelanjaan tu. Ingat senang ke jadi budak Universiti nie ? Nak mengharapakan PTPTN ? Cett. Baik takyah minta. Haha. Okay,fine. Macam lah aku nak sangat PTPTN tu. Taktau lah napa my mom and dad suruh minta juga haritu padahal takde benefit pun kat aku. TT______TT


Mr.Andy dah beriya je nak jumpa tapi cik Viera nie belum ada masa nak gi bandar. Kite suruh dia datang sini taknak pula.Haha. Kekangan masa from my side. Dia pula hujung minggu ada belajar motorsikal. Well,orang tu ambik lesen B2 la katakan. Kereta belum lagi. Macam rugi pula tak ambik serentak. Tapi takpelah. Go go go dear ! ❤


Actually tengah buat minit mesyuarat nie,untuk PERSAKA tapi end up buat entri untuk blog. Yelah, boring kot buat minit mesyuarat. Haha. Dah nasib jadi Setiausaha begini lah. Dah la setiap minggu ada meeting so setiap minggu ada minit mesyuarat kena buat. Masalahnya kite nie suka sangat buat minit mesyuarat jadi koleksi. Haha. Sebulan sekali baru buat. Haa ambik kau kena buat 4 minit mesyuarat. Leceh. Leceh. Grrr.

Okay,sekian recent update from Lady Viera.

Anyeong ! ◕ ‿-。

Lots of Love ;

Saturday, 18 February 2012

City Hunter Bean Pole Bag ♥♥♥






Hai hai hai korang :)

Eh kenapa ada beg tetiba nie? dah buka blogshop bag ke cik Viera? Haha. No no.Bukan blogshop beg ye sayangs sekalian walaupun aku nie pencinta tegar beg especially yang ala-ala Korean punya tu.Hihi.

Beg nie namanya Bean Pole.Eh bukan namanya tapi jenamanya.Tak sama ke? Haha. Beg nie fames and sangat digilai ramai untuk pencinta drama Korea mcm aku nie lah sbb beg nie macam yang dalam gambar kat atas tu,Park Min Young @ Kim Na Na pakai,heroin City Hunter,drama Korea terhebat pernah aku tengok.Fuhh,rugi kalau korang tak tengok.Aku pun baru tengok tahun nie sebab ada masa lapang masa cuti nie tadi.Tak nak tengok time bukan cuti sebab akan sakit kepala,nak habiskan citer cepat cepat punya pasal sanggup berjaga sampai jam 4 pagi.Hoho. 20 episode dalam masa 3 hari.Lagi best tengok kat rumah.Cucuk external kat TV Plasma 43 inch and duduklah kau di situ sampai kena marah sbb tak buat house work.Haha.No,no.Mak aku pun join tengok citer nie.Adik-adik aku apalagi sebab citer nie banyak action,and love of course,cuma tak dititikberat sangat.Sedang- sedang je.

Eh apa aku melalut nie? Dah review pasal City Hunter pula..Auww~Haruskah? Haha.

Okay,back to topic.Bag. Harganya RM50 termasuk pos di sheabelle.com.Aku guna alamat kat UTM so murah la sebab sama di Semenanjung.Harga asalnya RM42.RM8 postage.Perlu aku tunjukkan jalan pengiraannya juga ke? Haha.Dah sampai kat pejabat KTR,aku dah check track ID nya td.Isnin nanti boleh ambik! Wee~

Boleh berlagak dengan beg retis sem II nie.Haha.Tak cukup matang betul perangai.

Beg nie sebenarnya imbuhan.Ceh,BM sungguh.Haha.Beg nie sbg sagu hati,hadiah,for diri sendiri sebab ? Result sem I dah kuar and keputusannya,berbaloi dengan usaha.Walaupun ada certain subjek aku target A- ke atas,tapi lain yang didapat.Takpe.Think positive.Positive minded is a great mind.

Hopefully dah dapat beg baru nie, sem II nie lagi gigih berusaha.Never give up and terus berusaha Vie! And my dad dah bagi green light cari handphone baru kat JB nanti.Thanks dady! ♥

Taktahu nak hp apa lagi cuma yang pasti bukan Samsung Galaxy S2.Harganya mahal sangat.And size nya besar giler.Tak sukalah.Sebagai sorang pelajar yang harus mengutamakan keperluan daripada kehendak,haruslah tidak membeli handphone yang mahal jika family anda bukan terdiri daripada golongan kaya-kaya okay? Haha.

So,maybe stick to Xperia Ray.Haritu dah try on hand.Boleh tahan la cuma masih tak biasa lagi dengan hp touch screen,biasalah orang kampung baru nak guna touch skrin nie tangan pun keras kaku gler.Sila haribulan nak reply mesej pun berjam-jam menaip.Hahaha.

Okay,will update later ya!

p/s:
Berdebar untuk subjek Comp.Math sebab kena belajar Differentiation and Integration.Ee,taksukalah!
Tapi kena love ♥ euw euw sem ni untuk score.You can do it Vie! Love it as you love your God ♥




Friday, 16 December 2011

|Stay Up dan Sakit Kepala|


Hai awaks!

Tiada mukadimah panjang lebar untuk entry kali nie.Maleh den.Sakit kepala.Tak tidur nie sepanjang malam.Siapa suruh kan? Haha.Tu la pasal.Buat kerja last minute.Awal minggu bersenang lenang betul.Sekarang sampai tak tidur sebab buat assigment.Weekend nie aku kena pergi Tanjung Piai,Pontian ikut kursus pengurusan yang dianjurkan HEMA UTM so aku takut aku takda masa nak buat kerja baik tak tidur terus lepas tu complain sakit kepala apalah..Standard la mahasiwi 'cemerlang' macam aku nie nak stay up segala bagai sampai tak tidur gara-gara buat assigment.Haha.Moga mendapat balasan yang  setimpal dengan usaha.Amin!



Dengan team mates yang macam bukan team-mates baik bagi markah individu terus kat aku.Ni dorang free je dapat markah sekali padahal aku yang berhempas pulas buat.Sengal la.Kalau team-mates aku baca post nie, oh hai team-mates.Awak malas? Awak sakit? Awak tak tahu buat ? Takpe,saya yang rajin,sihat dan tahu buat nie akan buat untuk kita okay. Agak sinis ye di situ. Team-mates,sila terasa and rasa bersalah k.Lepastu pergi minta maaf.


Aku tak kisah sebenarnya nak buat seorang tapi nak juga mengungkit kat sini.Hoho.Mengade je.Sebab ilmu tu aku juga yang dapat cuma bengang la dorang takda effort nak tanya"Vie,ada apa perlu aku bantu?" walaupun dia taktahu buat atleast tunjuk rasa concern tu. Grr. Sebal. Ok dah.Kang gaduh pula ngan team-mates aku.Team-mates,chill ! ^_^

Okay,esok nak tidur puas-puas dalam perjalanan ke Pontian.Wee~Bercuti.Haha.Bercuti la sangat.


Agak-agak Tanjung Piai tu macam nie tak pantai nya? Haha. Imaginasi melampau gara-gara tak tidur.Ok dah.Babai~ Nanti aku citer pasal Kursus Pengurusan tu ya.Tu pun kalau rajin.pfft. 


Monday, 5 December 2011

Survey.Project TIS

Hai everyone!

It's been a long time huh? I dunnoe what to post here lately.Many things happened yet I rather keep it in myself.Haha.No privacy la kalau semua citer kat blog <---mcmlah ada org mau tau kan? haha.

Macam biasa,sibuk.Mengalahkan lebah. bzzz sana,bzzz sini.



Hmm,tak nak cakap panjang lebar.Currently I'm doing a research or project for one of our subject in this semester that is Technology and Information System.We're doing research about why computing career is not popular in our country,Malaysia.Espcially between Database System and Software Engineering course.Since I'm also doing minor and supporting topic which is Negative Perception on Computing Career among our comunity,I've prepared the survey questions.Hope you guys can cooperate with me by helping me answer it.Kejap je.Hehe.So,here's the link :


 

Also,feel free to visit my blog for this project.


You guys won't feel regret by visiting that blog.There will be a lots of information about computer science world.It is based on our experience.My experience as a computer science student di mana selalu disalahtafsir masyarakat sebagai student yang bodoh je ambil course sains komputer.And I think now is the time for us 1-SCSD UTM change their thoughts by presenting and comes up with our own solutions.



I'm sorry for the incovenience,since that blog is still under construction till I'm writing this entry.I have no time to edit it.Hehe.Coming soon,I'll start to update it with my analysis,my findings and my video's interview with my senior.

Thanks for your support guys! ^___^

Wednesday, 9 November 2011

Assignment Love Holidays!

Hai everyone!


Whoa,it's been a long time since I didn't post anything beneficial here.Haha. Yelah,asyik post lirik lagu jiwangss je kerja.Huahua.Org dlm mood in love la katakan.Auww~♥<--agak gedik ye disitu,sila abaikan.


Okay,aku skrg tgh cuti.Raya haji+midsem break=7 hari cuti.Wehoo~ and menghabiskan beras mak bapak cuti seminggu ni dgn balik ke Sri Aman,Sarawak.Haha.

Cuti aku kali nie dah tak macam cuti.=.=" sighs. Banyak benda kena buat. Actually boleh je buat di kemudian hari tapi aku tak nak lah menangguhkan kerja.Nanti berlambak pula.Lagi tension,pas tension nak bunuh diri pula.erk,tetiba* hahaha.

Nak citer pasal aktiviti sepanjang bergelar student UTM,aku takde mood.Ceh,takleh blah.Haha.Yelah sebab banyak sangat benda nak citer sampai taktau nak mula dari mana.So,aku highlight benda yang penting je la.Bajet artis la nak highlight segala benda penting nie.Hahaha.

Okay,okay,Move on..

1)Assignment Discrete Structure
2)Slide Etnik<---kna bentang buka sekolah nanti ayat kanak-kanak betul
3)Kuiz BI secara online
4)Tempahan felt
5)Montage/Video editing utk Projek SCSD
6)Ulangkaji Programming Tech.1

See,segala benda di atas ni la aku kena setelkan sebelum buka sekolah(ayt kanak-kanak lagi).Nampak mcm sikit tapi kau tau tak yang benda nie semua memerlukan masa yang agak lama tambah lagi dengan minda aku yang tak seberapa nie.Haha.Nak nak yang buat montage/video editing tu.Aku belum tahu lagi nak konsep macam mana.Software nya dah ada.Cuma idea tu takda.=.="

Felting pula,agak banyak order dari kawan-kwan di UTM.Dahla semua nak external disk casing.Susah doe nak buat tu.Aku buat ngan aku punya dulu tu pun dh calar balar tangan.Ececeh. sapa suruh

Tapi for the sake of pocket money and harapan kawan yang nak tengok benda comel habis cuti nie,aku gagahkn diri  juga utk membuat.Esok mula menggunting and cari materials utk hiasan. Dah la dorg semua tu pakat suruh aku bulat-bulat buat hiasan yang comel.Tension derr.Hahah.Bagi aku,benda comel=pink.Miahaha.Kalau tak sempat jahit aku jahit di UTM je la.Tak susah pun.Hehe.



ULANGKAJI. Harus dibold kan sbg peringatan kepada diri sendiri. Lepas buka sekolah nie,aku kena RE-test Test Programming. Sebab masa tengah test haritu,tetiba whole UTM blackout.Entah sape yang genius sangat sampai sabotaj bekalan elektrik.Haha.Aku saspek mesti kerja budak elektrik gabung ngn mekanikal gabung ngan scn komp nie.Haha. Sampai pukul 4 pagi barulah kolej kami(KTR) ada elektrik semula.Masa test tu,ada juga kawan-kawan nie yang gagah meneruskan diri menyiapkan test dalam gelap bertemankan lampu henset,cekal betul.Aku nie,dengan blanknya bilik kuliah malam tu,blank juga fikiran aku.Haha. Tambah ngn handphone cikai takde lampu bagai,lagilah mematahkan semangat. Alasan takleh blah.Haha. Padahal tak cukup persediaan sebenarnya.Kih kih kih. Harapanku, amboi, moga cuti seminggu nie dimanfaatkan utk mengulangkaji. Tapi nanti ada masa free aku layan Youtube pula.Takpun Running Man. Programming entah ke mana. pfttt..



Slide etnik..speechless. Malas nak buat slide. Nak cakap terus direct bagi isi masa nanti boleh tak? Haha. Konon.Padahal aku nie juga yang shy-shy cat nak bercakap kat depan nanti. Heiya..padahal dulu pernah jadi PEMBAHAS TERBAIK. Dah masuk alam universiti macam hilang pula konfiden.Takpun sebab lama dah tak bercakap dpn org ramai kot.Hihi.

13/11/2011-Aku balik ke UTM.Pejam celik je tu nanti.Sigh again. 

So long,toodles.

p/s:guys,doakan aku dapat siapkan segala to do list aku ya! ^_^


Saturday, 8 October 2011

⇨Story of a Lady from UTM

Hai everyone!

Whoa~It's been a month since I didn't update anything in my blog, you guys miss me ? Muahaha.

Well,as you all know I'm furthering my 1st degree at UTM Skudai,Johor Bahru.In programme Computer Science (Database System). Will graduate with first class degree in coming 4 years,amin :)

I stay at Kolej Tun Razak.One of the inner ring college.You know what makes the difference between inner ring and outer ring college ? Inner ring college mean you will able to walk to go to your faculty.The busses also provided as my college bus,there were 3 of them.But for outer ring,they are quite so far from the faculty.Also,there is sometimes one bus per hour.So,never have a chance to malas-malas and woke up late coz once you're late,you have to walk for hundred miles or wait for the next bus to come.This is based on my friend experience who stay at KDSE.One of the outer ring college.

Okay,at college,there is 2 students per room.And my roomate was Christian too,was KMLians too and was the girl who going to same church with me at Labuan too.What a small world! She's very kind-hearted person.And gila-gila too.Haha.Her name is Velantina Aspah.A girl from Sandakan.And she is 20 cause she is in Program Dua Tahun at KML.

We called ourself as roomate yang sengal.Haha
So that's her.She's taking Mathematics programmme under Faculty Science.It's kinda weird when all my classmates mostly their roomate are taking the same programme with them but me,it's different.I bet they(pihak pengurusan) organising us due to religion first.She's in UTM Choir team like me too.


Now,let me introduce you all to my HUHA friends.

Farah/Fafa/Shindong with me-Hello Kitty girl :P
This is Farah Suriani.I called her,Farah.Sometimes Fafa and sometimes Shindong.I dunnoe how come there is a Shindong for her nickname.Haha.I know her during the week of orientation.And become my HUHA friend after that eventho we're not in the same faculty and same course.Her room was beside my room actually.She's a very cheerful girl and that's why I love being friend with her.Always laugh eventho that thing is not funny enough,though.Haha.Oh,ya. She is from Terengganu and ex-KMP.And she's taking Math Industry under the same faculty with my roomate,Vel.

Hello kitty girl and mashi maro ;)

This cute friend of mine name Siti Noorain.I called her Ain and sometimes Mashi Maro.Why mashi maro? There's a picture of us together. Which I do looks like Hello Kitty and she looks like mashi maro.Haha.So the nickname was stick with us then.She is in the same faculty with me,taking Bioinformatics programme.But there's some of our class digabungkan.She is a cheerful person too.And she is Farah's friend and we know each other during MTM week too.She is from Sandakan but currently live at Perlis cause her father is a policeman at Perlis.

Win and me :)
Her name is Zureen Syazwina.I called her Win.I know her from Facebook first and then become closer when eventually meet in real world.Haha.She come from Cheras Perdana,Selangor and Singapore since her mother originated from there.She is ex-KMPk and taking the same programme with me here.Database system.The simple word to describe is she is my classmate.myteamate and my partner during Lab for Digital Logic.And many people think we're roomate cause we're always together.Hihi.She is very bubbly person.Love to laugh like Farah too.Haha.

Okay,enough introduce my cutesweetladies friends.If you all notice,all of them are very cheerful and gila-gila person.I love being friend with someone happy go lucky and when it comes to study,they will take it seriously.We all have chemistry together eventho comes from different background,states and culture.I hope our friendship will last forever girls.♥
Now,about my study.So far,so good.Assignment ? Not much.That's all i can say. There are assignments but still it doesn't make me so stress like when I at Matriks. It is just when you become an university student you have to think big.Think outside the box.That's the challenge I'm facing now.I have two big project for being a 1st year student. Harvard Bussiness Case Study and 1st Year SCSD project. and I don't know where to start with. =.=" Nevermind,will figure it out in time. Hopefully.

Overall,i really love my life here.Seniors are kind.Lectures are very sporting.I hope this coming 4 years everything gonna work like I want.I can't hope for everything to be always fine and perfect.That's not what I want for life.I want challenge which I can face it with grateful heart.I want something new,new experience when I'm at new place.so in the future,I will able to overcome new bigger challenge.Experience is the best teacher,right? ;)

Till then,guys.Will update soon :)

Monday, 15 August 2011

What's Up Today ?

Hi everyone !

It's been a long time huh ?
Hehe. Takde idea nak update pasal apa sebenarnya. Nak bangkitkan isu politik,nanti fames pula jadinya.HAHA. 

This is a short update actually.Cerita ringkas so takdelah blog sepi sangat.Heh -.-


Sticker permission masuk UTM dah sampai td. Hey,terkejut juga lah. Haha. Sebab taktau pun akan ada benda nie. So agak agak,kalau lekat kat cermin hadapan Air Asia nanti boleh tak ? Konon nak bagitahu seluruh Malaysia la yang diri sndiri masuk UTM. Haha, Macam lah ada org kat langit tu nampak Viera.. Nak show off kat burung kali. Haha,

Next, label my cuteshop pun dah sampai tadi. Actually lama dah order nie tapi ada je masalah ngn design nya. So, its takes time. Banyak kali juga kena ubah sbb bila print,tak cantik sgt kata si pembuat.

original design
It is supposed to look like this tapi bila print tak clear pula wording blogspot tu kata the producer. Cewahh. Haha. So, kitaorg discuss. I bagi tahu apa elemen-elemen yang I guna masa buat ribbon label nie and finally it turn out into something like this.


A lil bit different tapi still cute so takpelah.. hehe. Also,the producer give me two free keychain.Thnks ya!


Interested ? Jum visit blog kucinpurple. :)

Sekarang dah boleh lekat and jahit label nie kat cute craft items yang diorder. Hihi. Kiranya bisnes semakin maju la ye sbb mampu buat label nie. Haha. Padahal nak deactivate kelak, not closed ye. Hehe.

Okay,till then,Will update soon!


Wednesday, 3 August 2011

⇨Sebulan Lagi

Hai everyone!

How is your weekend guys ?

As for me,mcm biasa lah..Haritu balik kuching.Spend our weekend kat sana. I beli apa barang yang patut dibawa ke universiti kat sana since sana lagi murah and banyak pilihan. Hihi. Let's have a look then!

kasut kuliah semestinya :)
Kasut masa kat matriks dah nazak.Huhu.Tapak dah macam nak makan orang je. So,buang la. And beli baru. Kali nie beli yang ada heel sikit. Kata nak jadi L.A.D.Y kan kan ? #gedik

Ketinggian 1 Inchi barangkali.Tak measure :P

Auww~memang lady habis la nie nanti. Terkedek-kedek berjalan masa orientasi. Kena sergah ngan krew UTM baru padan muka. Haha.. I don't care. Tetap boleh jalan laju nie walaupun guna kasut yang ada heel. Mungkin. 50% korang akan dapati I maybe ada komplen kaki terpeliot atau terpelocok nanti. Tapi jangan doakan okay! Hahaha.. My mum pun pelik ngn citarasa I yang ke arah ladies nie. Mom,i'm going 19teen ok. Not 9 years old pun walaupun muka masih mcm kanak-kanak lagi nie. =.="

Move on..move on.. semua borang sudah diisi dengan lengkap.Sijil-sijil pun sudah disahkan dengan lengkap juga. Kecuali UTM P5. Lecehnya mengisi borang nie hanya I yang tahu. Sampai sekarang pun belum lagi nie. Sebab kadang-kadang akan tersalah isi. Sengal okay. Dahla minta agregat and pangkat SPM. Ambik kau! Tu zaman bila entah yang guna pangkat dan agregat tu tapi still digunapakai ke skrg ? Mcm tak relevan je. =.="

koleksi sijil.kena hempuk,boleh pengsan nie.HAHA
Borang and sijil yang sudah diasing ikut kategori :)
Borang dan sijil yang berkaitan yang sudah diasing ikut kategori. Well, budak database la katakan so data pun mesti disusun elok-elok. Nanti taklah terhegeh-hegeh mencari apa yang diminta masa pendaftaran. Malu ngan krew tu nnti. Umur dh 19 tahun tapi tak dapat organise barang ngn betul, Apa kes ?

Kalau canggih sikit,nak je buat komputer yang simpan data kita. And bila perlu diminta dia akan kuar dengan sendirinya. Portable gitu. Amboi,berangan. Haha. Nanti lah,kalau I dah jadi pakar database nie, akan keluar la produk sebegitu. Huahuahua. #berangan

Fail pendaftaran fakulti

Fail pendaftaran kolej

Fail bantuan kewangan wpun takda hati nak apply PTPTN tu.

Fail panduan dan senarai semak
Borang yang belum diisi.Sengal okay =.=
Beg siri pertama.
Haha.Tak boleh blah ada beg siri pertama dan seterusnya nie. Ni beratnya adalah 15 kg cmtu. Sumbat dalam kargo Air Asia nanti. Satu lagi medium size beg . Bawa masuk kabin. Yang tu tak tau lagi nak sumbat apa. 
Sumbat barang mandian kot. Mcm takda tempat nak beli kat JB tu nnti ye,Viera ? Sampai kau kena angkut segala barang mandian dari Sarawak. Buat berat beg je. Hahaha. 

Gambar passport.Nnti nak g singapore #kononnya

Kiri=last year,kanan=current year.
 Entah kenapa lah muka aku last year mcm mayat hidup.Huduh betul. Haha. Compare ngan sekarang nie,comel ke kan kan ? #gedik. Berseri-seri lagi tu. Macam guna SKII. Cewahh. Haha..
Eh eh,kembar ke ? :P
Dua pose yang berbeza. Haha. Tak tahu kenapa tukang gambar haritu ambik dua pose yang berbeza. Hentam je lah so yang kanan tu nampak macam mahu ketawa right ? Tak guna. Haha. I prefer the first picture. Matured yet sweet. #statement puji diri sendiri

Okay,dah dah. Banyak pula gambar kali nie kan ? Masaklah korang loading blog I nie nanti. Haha.
Sebulan lagi wehh,I akn fly JB and sambung belajar.Hihi. Dah tak sabar nie. Explore dunia baru,tempat baru,kawan baru,bilik baru,environment baru,semua baru..kecuali boyfriend je lama. Haha. Hope sepanjang 4 tahun tu nanti,tiada boyfriend baru la ye. Amin ^___^

See you all soon :)

Tuesday, 26 July 2011

⇨ Are You Ready ?


Hai everyone.

Standard mukadimah blogger kalau lma tak update blog msti ckp cmnie " Lamanya tak update blog.Berhabuk berdebu,berlumpur dh blog nie.."

Tapi utk I,I akn ckp cmnie " Hey sukati aku lah nak update blog ke tidak.Kau pduli apa? Aku buat blog bukan sbb nak duit pun.." Erk,tetiba..haha..
surat tawaran dh smpai smlm (:

Takdelah. I busy skrg. Cewahh. Statement kemain lagi. Tapi betul. I bz mguruskan preparation masuk UTM nie.. Isi borang adalah dalam 30 muka surat mcm tu. Tu pun belum habis lagi nie. Naik muak nak termuntah hijau sudah sbb isi perkara yg sama. Nama,no IC,num matrik,course,tandatangan dan bla bla bla..  Setem hasil belum bli lagi. Medical check up. Not sure nak buat kat sini atau di UTM. Sbb kalau buat kat sna kena bayar RM 60 lepastu kna buat appoinment lagi. Kalau lah ada sedara mara doctor nie, boleh juga guna cara belakang. Hehe!

Yuran? Tengah bulan nie bank in kot. Kena rompak bank dulu.HAHA. Mahal sangat. Tapi takpe. My dad ckp itu pelaburan utk masa depan. try IPTS, lagi mahal. So,hrus bersyukur kalau UTM cuma chrge separuh dr harga Vaio VPCW16FG.

Fly to JB ? 3 Sept. My dad akan temankn. Aie,tak berani la nak sorang-sorang pergi tmpat yg bru pertama kali jejak nie. Biasalah kan.. Anak perempuan lagi nie. Mana boleh dibiarkn jalan sensorg. Takut kalau ada yg cuba memikat I yg comel nie. Kah kah kah.

Barangan lain? Belum lagi. Seminggu sblum fly bru kumpul brg.Tapi dh tersedia beg peti luggage yg xtra large kat bilik. Dh disumbat dgn baju-baju yang akn diguna kat UTM nnti. Mostly,baju yang I guna kat Matriks dulu. Mana nak paw duit beli baju baru-baru wei ? I bukan anak org kaya. Hihihi. Bersederhana itu indah :)

And sebelum blah, meh layan gmbar neck strap. Handmade tau. I buat sendiri. Hehe :)

Ini utk my bestie. A gift for her sbb banyak order.hehe
for myself :)

Okay,kembali ke Sri Pentas. Nanti jumpa lagi! :)