Tuesday, 18 December 2012

Meet Chrissy, Best Christmas Gift Ever. ◕ ‿-。

Hey lovelies 。◕‿◕。



As you all know, haritu saya ada post pasal Christmas Gift 2012 kan,so meet Chrissy,my mini instax 7s.

Hanya RM199 with Free Delivery!

Itu yang penting. FREE DELIVERY. Haha. Apart from the fact yang ianya sangat murah berbanding dunia nyata dan online shop yang lain.



Package nya?
Instax 7s Pink
Batteri 4 biji
Manual book
Warranty Card
Strap
FREE 10 pieces Plain Film

Package biasa kita nampak di Online shop, cuma harganya lagi murah. Sangat murah. Even mak saya sendiri terkejut. Tehee. Thanks to one of my friend yang suggestkan untuk beli di Lazada.



Saya order hari Sabtu haritu kalau tak silap. Once my dad dah bank in sebab dia janji nak belikan nie utk saya,so lepas sekian lama compare sana sini di online shop, akhirnya ambik keputusan untuk beli di Lazada. Perkhidmatan terbaik la. Senang je. Sign Up then dapat free coupon RM10  and coupon ni hanya boleh digunakan utk pembelian RM100 ke atas dalam masa 30 hari selepas sign up dengan Lazada. My stupidity, saya tak perasan pun ada email pasal coupon nie masa saya order haritu so end up me not using it la. So rugi. Kalau tak mesti jimat RM10. Huu. Moral of the story, cek emel selalu okay. Haha.

And petang tadi dah sampai. Rasanya dorang pos semalam kot. Saya tak berniat pun nak cek ke ofis tadi tapi macam ada some kind of feeling suruh cek,so saya pun pergilaa and tadaaaa ada nama dalam buku log masuk barang and dapat kotak Gedex. Ooo mak aiii memang teruja giler la. Rasa nak melompat masa tu jugak! Haha.. 




Sumpah, rasa gembira sangat bila benda yang kita idamkan selama nie akhirnya dapat. Whew. Big thanks and hug to my parent espcially, despite my result in study pun bukannya bagus sangat selama nie but still they make my wish come true. Love you mom, dad ❤



Wajah happy suka hati bila dapat kamera idaman hati, cewah berima gituu~~ Lepas nie boleh la tangkap gmbar instantly siap on the spot and berangan nak buat buku skrap dengan contengan dan doodles sendiri. DIY art la konon. Hanya perancangan semata-mata.Taktau jadi kenyataan ke tak kalau dengan kebusy-ness begini.. Haha. This coming Christmas, we'll have fun with Chrissy. Ngee ^___^

p/s: Now waiting for another parcel. Surprise surprise ◕ ‿-。


Monday, 10 December 2012

God Of Healer.

Hey lovelies 。◕‿◕。

Unedited version of me :)


As you all know, my little sister being admitted to the hospital last week,right?

So thankfully, she is okay now. It is just that she have not yet been release from hospital, doctors still need to    memantau her. The infection ? Nurses had clean them with some kind of medicated liquid last few days ago so basically her left leg is clean now. Kudis free! Hehe. She can run and walk like before. I'm so glad, so relieve.

 I am really thankful. To God. Cause He is God of Healer.

You know, when you pray with faith, He will answer your prayer. Believe that.

p/s: Tak sabar nak balik jumpa dia this 16 January. Oh,her birthday too! ^_^



Wednesday, 5 December 2012

Korean Style Dress for Sale.

Hey lovelies 。◕‿◕。




Korean Style Dress for sale ♥ .
Never wear it. 
Selling it because it is not fit on me. 
RM 50 , FREE POSTAGE :) 
Interested ? PM me ♥

Healing.

Hey lovelies 。◕‿◕。




This evening my mom texted me,saying that my cutest little sis being admitted to Hospital Sri Aman. God,what's happening? I'm so nervous when hearing the word Hospital itself. Have a bad experience with hospital few years back. Then she call me. Told me that my lil sis left leg have been infected with some kind of penyakit kulit. Not HFMD for sure. She got it this sunday,condition getting worst by yesterday then my mom took her to hospital and being admitted to hospital by then. Being injected about ten times cause nurses can't find her vein, she is still small walaupun chubby but it hurts for me to hear that. not knowing anything yet she said " enda pedis" which mean tak sakit. Lil sis, you're so strong :') 





Lord,with faith I pray for your healing. Don't make something bad happened to her oh Lord. Cast away all the pains and may this experience can bring back my family to you oh Lord. I know You make something happened for reasons and please, have it your way oh Lord. Just heal my little sister so that she can walk,run actively like before.You know how much I love her.Amin amin amin !


I miss her right now. Be strong dear lil sis !
I wish I could beside her with mom to take care of her too.  T________T
Lord,protect my family. . .

Get well soon,Clarissa Lunca <3

can't see my laptop screen clearly with teary eyes.


Tuesday, 4 December 2012

Why worry ? Keep Calm and Smile ❣

Hey lovelies 。◕‿◕。

Oh bulan Disember rupanya. Ayat gramatis sikit. Haha.

Bulan Disember selain dari bulan Krismas macam yang saya citer before nie, bulan disember juga bulan paling busy for us, university student, sape setuju sila angguk depan laptop❣

Nak tau sebabnya ?

Semua projek yang diperam selama berbulan lamanya minta dihantar ke empunya,untuk disemak,untuk dinilai,untuk diberi markah.

Stress tak stress, depend pada macam mana orang tertentu untuk handle. For me,myself, kali nie prepare awal-awal. Dah buat perancangan, part by part stage by stage thanks to team mate Cik Fairuz yang sudi beri kerjasama :)  Kami sama-sama berjuang buat apa yang patut supaya kerja takde la serabut sangat di hari kemudian. 

Ada 3 project untuk sem kali nie. Semuanya perlukan implementation. Let me start with the easiest one.



Project Data Structure and Algorithm

Kenapa senang? Sebab tak perlu nak pecah kepala buat betul-betul. Oh bukan buat tipu juga cuma kami diberi kebebasan untuk copy coding di internet asalkan ada kena mengena dengan apa yang kami belajar dalam subjek nie. Masalahnya,apa yang kami belajar dalam kelas? Sebab saya sendiri kadang-kadang, eh saya sendiri tak pernah fokus dalam kelas. entah kenapa. Haha. Lecturer tak best. Alasan. tapi takpe, ada buku boleh rujuk. Ada internet boleh copy. my team dah ada coding cuma belum try run lagi nie. Dalam minggu nie juga la plan nak buat once after report HCI siap. Untuk projek DSA,kebebasan memang milik kami semua cuma bila terlalu bebas kami sampai taktau nak buat apa dah. Sebab yelah,terlalu bebas sampai takde limitations. so saya ambik langkah berani gitu, emel lecturer petang tadi regarding specific requirements, and dia reply saya with this :

I think I have explained this matter.
Basically you must do the demo, and cite the resources if any.
In the slides, you must explain what is the project about including the background, the objectives, and how to accomplish the objectives.

Okay, 2SCSD please follow the guidelines given if you want full marks for project. and Goodluck ❣
Due date,it is better to present it before 21st December,before our study week start. for my team, I'm thinking of presenting it next week. Maksudnya weekend nie dah nak kena buat slide daa..  Jia you ❣




Project Human Computer Interaction

Untuk details projek nie, sesape yang berminat boleh la tengok info di blog projek saya ni. Saya update pasal projek ongoing for this subject. Until now ( 4 Disember ) belum update apa-apa lagi. Haha. Cuma intro je. Belum ada masa terluang nak speaking kat blog tu. I promise,by this week akan diupdate juga. Go go go Vie ❣ 

Next week kena bentang research report, it is one of our requirement sebab takde mid term test untuk HCI so kiteorang ada extra work kena buat since takde mark sebab takde test. Untuk research report,my part almost 70% siap. Malam nie ingat nak go for extra miles untuk siapkan apa yang patut, atleast ada progress laa.. since next week dah nak kena bentang. 

Next week yang satu lagi, 21st December kena bentang untuk projek mega pula. Haha. Takde la mega sangat. Kiteorang just buat apps untuk kira GPA je. kekeke. Malas nak buat berat-berat punya projek. Cukupla pening kepala dengan projek SADM+DB. For this mega project, satu pun belum buat cuma dah nampak story board je. untuk implementation,coding bagai belum tersentuh lagi since akak senior yang satu group dengan kiteorang nie pun sibuk dengan PSM beliau. Hmm.. esok kena bincang dengan distribution of work nie.





Project SADM dan Database


This is the largest and most important project of all for us, database student. Ni membuktikan kalau kami benar-benar layak untuk gelar diri sendiri sebagai budak Database. Bukan tengok pointer awak okay. Tapi berdasarkan kejayaan projek nie, how do you put yourself SCSDians? Prove that you're really SCSD students dengan memastikan kejayaan projek yang nie walaupun ianya cuma case study je. Gambateh ❣

My group, halfway there. A little bit problem on how to connect HTML interface yang bakal kami buat dengan Microsoft Access kelak. God, open the way please. Ofcourse dah cari tutorial cuma belum apply kan lagi. Tanya lecturer,beliau suruh usaha sendiri dulu. Dia bagi guide je. Ayee.. letih juga otak nak memikirkan. But it's okay Vie. Buat satu satu ye. One step at a time ^_^

Nampak macam sedikit. Yelah sebab nie secara general. Every details, kalau saya explain korang tak faham punya cukupla tahu bahawa Disember nie saya sangat sibuk. Nasib baik takde sesape yang menunggu untuk dientertain,oh yes I'm a single lady now eventho the other side still can't let me go. Let him be. :)

Till then,





December Wishes ✿

Hey lovelies 。◕‿◕。

Yeay,it's December!



I love December. Why? It's Christmas season. Gifts. Its a must. Haha. Kenapa Krismas selalu dikaitkan dengan gift? Because, Christians believe that Jesus Christ were born to this world,to save us from sins.To be the ONE WAY,the truth and the life. So everytime during Christmas, we will be reminded of that one thing. The true gift,ultimate gift ever ofcourse our Jesus Christ :)

December last year, mula minggu pertama sampai akhir, Lifegroup U3B ada buat tayangan movie every week dan kiteorg akan sharing apa yang kami dapat through that one movie.Ada movie Hachiko,Ultimate Gift for last year  and I'm not sure for this year macam mana lifegroup akan diconduct.Hee.

December last year, I didn't request anything specific, just that my mom and dad give money then I go buy myself stuff that I want for Christmas gift. Huu. Membazir je. Taktau aku spend untuk apa last year. Tch. Tch.

December last year, celebrate with brothers sisters in Christ di Hope Church and for sure,this year gonna be the same. I'm not capable to go home in the middle of study week. I'm weak. Ofcourse tak dapat belajar kalau dah balik hometown. Haha.

For Christmas 2012, I wanna do something different. Okay,not that 360 degree difference, just from the way I spend my money for my Christmas gift. This time I request for something I have been longing for such a longggg time.. dari last year lagi nie.. hehe.. nak tau apa? Jeng jeng jeng!













It's Fujifilm Instax Mini 7s!

Oh my goodness, lama dah mengidam benda nie. Akhirnya dapat juga untuk Christmas gift tahun nie. Excelli bole je dapat witout waiting for Christmas tapi tak nak susahkan my parents kena keluarkan over expenses untuk benda macam nie. Hee. But this time, ada exception sebab dorang ada terima bonus and when they ask what I want,of course I want this. Haha. Murah je. RM200 kat lazada.com with free delivery lagi tu. Ingat nak beli 25s punya tapi mahal sangat for me laa.. ni pun beli guna duit ihsan mak bapak. Huu. so beli yang 7s pun dah kira bersyukur.Hee.

Takyah la aku nak explain lagi pasal benda nie sebab bersepah blog dah buat review benda nie kat internet. Aku belum order lagi. Maybe next week once my parent dah bank in then terus order,terus bayar. Dalam masa 3 hari boleh dapat. Come on come on. Aku takut tak sempat sampai masa Christmas je nie. Haha. Konon nak ambik first picture guna polaroid nie masa Krismas la. Harap-harap wish tercapai. Amin!




A very gingerbread Christmas !

Mari ke JB City Square dan like page mereke on the spot then boleh dapat tiket free untuk ambik gambar free macam saya dengan Cik Fairuz haritu. Ngee. Kiteorang berdua so dapat lah dua tiket equal to dua photo bersama Gingerbread man! Wee~~ Pagi tadi online Facebook terus check page dorang and tadaa gambar dah diupload terus download cepat .Nak upload kat blog pula kan? Haha. 
Kami sangat comel bersama gingerbread man nie. Auww~ 

All I want for Christmas is : Only Lord knows ‾ ‿ ⁀



Wednesday, 21 November 2012

Hard times.

Hey lovelies 。◕‿◕。


Currently having hard times. I have to be a pengarah for a program. I have to confront with many kind of people. Ada yang kena paksa baru buat kerja.Ada yang buat kerja senyap tapi tak update then clash la,miscommunication la padahal dah remind awal-awal.Tak serik lagi dgn pengalaman yang lalu. Ada yang langsung tak dapat dikesan. Leader tertinggi lagi tu. Hmpphh. Bila dimesej tak balas,kol tak jawab.Seems like semua orang tak nak bagi kerjasama. Now I know the feeling of being pengarah and I think this is the last unless . .  sedangkan I give my best in their program before this. I give my full support but now? Neomu himdero. 

Ni baru program kecik,tapi organisation pun dah tak berapa stabil. Kalau tak nak kerja,buat apa masuk dulu? Sakit hati. Grr. But thank God,dalam ramai-ramai tu,ada yang bagi fullsupport juga laa. Cuma bila ada yang tak kena,yang bagi bad example tu besar pengaruhnya dalam mood aku.Haha. Yelah,yang jahat je dinampak. Yang baiknya,tak. But I realise so don't worry friends. I really appreciate it. ツ

God, i'm tired. Kadang-kadang terasa nak quit study then jadi missionary je. Full time God's worker. But now,it is not His call yet. Sabar Vie. He have His own plan for you. ツ



MOTIF? He is cute. I love him. Tehee :)


Friday, 16 November 2012

Baju SCSD




Hey lovelies 。◕‿◕。







 Ini baju kelas saya. Cantik tak ? Bukan saya design. Saya modify sikit je. Ikut kehendak classmates tersayang. Dan saya taktau apa relevannya, don't panic I'm a programmer tu. Maybe sebab programmer is a problem solver kot. Aneh aneh je. Haha. But I still love it. Eventho not my favourite color.



Header Baru :)

Hey lovelies 。◕‿◕。

Semalam,bosan bosan then buka Photoshop and godek-godek gambar and jadilah header yang baru nie. Quite penuh and crowded ngan photos wit my lovelies around me compare to previous header which only have me selfishly at the header. Haha. I love my new header. The photos were the latest photos as I could gather in this. So the theme was ofcourse, lovelies around me. Where is Mr Boyfriend ? Naa I don't want to make public know tho. That's a private part of my life. Cehh. Haha. 

And I thank God for these people in my life :)

Lama

Baru














































Desaru Outing :)

Hey lovelies 。◕‿◕。

Jac,Vel,My shepherd Sis Christie and me :)

 13 Nov 2012. Selamat Hari Deepavali kpd pembaca yang beragama Hindu. Ada ke? Ehe.

Our Lifegroup iaitu U3B pergi ke Desaru. Outing bersama utk merapatkan hubungan. Bersama brothers sisters dari unit lifegroup yang sama, we all bertolak dari McDonald belakang UTM nie around 8 am. Sampai di sana 1 hour and 30 minutes after that. Then set up, praise and worship and icebreaking time. Itu wajib kalau outing. Hehe. Then games time! My lovely rumet pun jadi game master juga. We all main treasure hunt. Got 18/20 pieces puzzle yang dapat dijumpai masa tu. Tch. ntah mana perginya 2 keping lg. Haha. Then main pass telur guna sudu dari mulut ke mulut. That awkward moment when you have to pass he egg guna sudu ke sudu to another brother. I can't breath. Haha. Last game, Armageddon. Game ni paling menyakitkan bagi aku. Haha. Game ni need us to have war with each other. So aku pula ditugaskan utk jaga flag kubu memang habis laa kena basah ngan peluru air. Ingatkan taknak basah then lastly kena juga. Tch. pastu kena pula tindakan ganas brother African,habis biru kaki aku. Mana perginya sikap loving among brother and sister in Christ nie? Nampak sangat semuanya dah eksaited main sampai takde sikap loving dah. I swear, I will not playing war game if involving any brothers dari African. Scary woo.

Desaru :)

Group One :)

Mula-mula kiteorang sampai memang panas giler. But thank God bila 2nd game dah redup sikit. Sunblock lotion yang aku pakai takyah cakaplah betapa banyak.. Haha.. full protection dari muka leher dan tangan.. kaki takyah sebab pakai seluar panjang. kekeke. Semangat UTM tu siap pakai topi UTM lagi. And NO Sunburn today. Thank God! Hee ^_^

Conclusion,cewah.. I'm having fun with my bros and sissy. Thank God for the weather,for the love among us.. we can get together tak kira bangsa dan negara.. :)



Sunday, 11 November 2012

Cuti macam tak cuti ツ

Hey lovelies 。◕‿◕。


Cuti midsem dah bermula. Saya tak balik Sarawak pun. Sadis tak ? Sob sob sob. Yelah,cuti seminggu je. Macam membazir pula berabis 200+ utk tempoh seminggu je. Baik saya guna duit tu utk makan kt sini je.

So apa saya nak buat sempena cuti ni? Banyak okayy. Cuti macam tak cuti dah =.="

  1. Akademik
  • Projek projek projek .. SADM + Database perlu pergi klinik yang betul-betul. Buat perbandingan dengan case study.So Isnin nie saya kena ambik surat kelulusan dari pejabat.
  •  HCI-Human Computer Interaction perlu buat report research writing pula. Belum mula baca lagi. Esok la. Hehe.
  • COA- Syukur dapat 'couple' aka partner yang bijak. Haha. Siap sudah program tu.Tinggal nak print dokumen then simpan segala softcopy dalam CD. 
  • DSA- Projek source code boleh ambik kat internet je. Semalam dah cari dah. Ada la beberapa yang boleh dijadikan rujukan. Buat apa nak pening kepala kalau lecturer dah sediakan jalan yang senang. Kekeke.
    2.Persatuan
  • Esok jumpa Timbalan Dekan Akademik. Nak bincang pasal AGM Persaka. Memandangkan saya yang jadi Pengarah,so kenalah turun naik pejabat fakulti dan juga HEMA nanti. Lecehnyaa.. 
  • Ingat nak screening borang bebudak yang baru nak minta masuk haritu cuti nie tapi lupa pula nak ambik dari bilik kawan yang dah balik Perak dah =.=" Pelupanyaaa..
  • Nak masukkan rekod baru untuk kelab di kolej juga. Well,saya kan setiausaha di mana-mana je. Haha. 
   3. Kolej
  • Naik cuti midsem nie kolej kiteorang ada Pesta Havoc. Saya dilantik jadi ajk unik cenderamata and Hadiah. Kena buat sijil dan hamper. masalahnya tak pernah sekali pun pergi meeting. bukan saya yang malas k. cuma dorang tak panggil saya. tak buat notis pun. tup tup kawan citer semalam bla bla ada meeting utk pesta tu. pelik. sebab tu la agak kurang suka buat program under JKM Kolej nie. ada je defect. kurang pengurusan betul. tch =.=' sabar je laa..
  • Utk pesta tu juga saya kena jaga kelab RIOTS. Kelab nie merupakan kelab under JKM Kolej so sebagai salah satu kelab yang bernaung under JKM, harusla contribute something kan ? Contohnya cari juri utk setiap games yang akan diadakan tu nanti. Then kena buat borang utk unit aktiviti. Tak paham betul. Apa je keja unit aktiviti kalau tak buat borang ? suruh orang kelab pula yang buat. Tch. Kena hantar before selasa. Maksudnya, esok la last kan? Ayyee. stress naa aku ngan orang cmya.
   4. Kelas
  • I offer myself nak buat design baju kelas then ketua kelas jumpe design yang cantik and he want me to buat prototaip aka sampel yang ikut kriteria design selepas perbincangan di FB haritu. Masa kelas DSA lagi tu. Haha.
Cantik sik? Bukan saya buat. Tapi jadi ilham je la utk baju kelas nanti. Nanti saya upload k yang my version punya. Hee.



Banyak tak banyak? Nasib baik la stay kat UTM je cuti nie dengan kawan yang dari Sarawak juga then rumet dari Sabah. so kiteorg melepak bersama la cuti nie. Selasa ni outing pergi Desaru. Aktiviti church,by U3B. U3B adalah nama unit lifegroup church kiteorg. Ohh tak sabar tak sabar tak sabar ! Haha. 

Oh ya! I'm open to any rekues yang nak minta saya design header blog,poster ke,tshirt ke.. satu design ada lah harganya. Tak mahal,student price punyerr :P


Okay,got to go. Nak buat keje. Toodles!





Saturday, 22 September 2012

Lay Down Ourself ◕ ‿-。

Hey lovelies 。◕‿◕。

A relationship with God is the most important relationship you can have. Trust him and everything will always turn out fine. ♥

Awal sem III nie dah macam-macam benda berlaku. Letih hati dan perasaan.Masalah datang tak henti-henti. Bak kata org putih, emotionally and physically tired. =.=" 

Apa yang mampu lakukan,mengadu kat Yang Maha Esa. Sebab DIA lah pendengar terbaik. DIA lah our best counsellor. Betul tak ? Sangat betul. Aku sendiri lately nie, bila semua rasa serba tak kena, hanya mampu mengadu pada Nya. And syukur, lama-lama benda tu akan setel dengan sendirinya. Jangan terlalu bergantung pada diri sendiri. Sebab kita nie hidup bukan untuk diri sendiri tapi untuk DIA. Kerana DIA lah kita di dunia ni, so please, jangan nak ikut sangat kepala sendiri tu. Kadang-kadang bila kita lay down ourself,He will takes control.DIA sayang kita. Cuma kita harus bagi chance pada DIA utk buktikn His Love so friends, Don't worry too much ^^ 


Take a big deep breath and let go. Let go of all your worries right now at this very moment. Let go and let God. Let God consume your mind. Let Him be your thoughts. Let Him consume your heart. Let Him be your desires. Let Him be the comfort and peace you need. Let Him consume you completely from the inside out. Take a big deep breath and really let go and let God.



“You’re exhausted in the faith because you’re looking at you. The more you look at yourself and the less you look at God, the more you get frustrated at yourself.” 


So kawan-kawan yang kat luar sana, kalau ada masalah berat, jangan bergantung pada kekuatan diri sangat. Depend on God's strength okay. Lay down ourself and if it is God's will,everything will be alright. Believe me. I have gone through this experience. and I thank God for that. ❤

 

Monday, 10 September 2012

❤ Sem III di UTM

Hey lovelies 。◕‿◕。


Inilah jadual baru saye. Saya sangat suka hari Jumaat. =.="

 Azam semester nie mestilah nak dapatkan keputusan yang baik dan cemerlang. Cewah gituuu ~

Yang penting sem kali nie,I will depend on God's strength NOT on my own strength. Amin ^^

Thursday, 23 August 2012

Twenty Years of Wonderful Life❣

Hey lovelies 。◕‿◕。


On this very special day,Valerie Bukas was already 20 years old been in this world.I thank God for giving me such a wonderful life.I thank God for my families, thank God for my friends. Above all I thank God, I have received His call to respond for His visions on my 20th birthday. If God wills,after graduated I will starting my mission. Walk with Him for the rest of my life. Thanks Mommy and Daddy for raising me soooo well that I've become a daughter you can proud of(?). Haha. Eventho I'm not doing so well in my study,it is not because of my decision to serve the Lord but it is because I'm too depending on my strength. God dislikes that. so from now on I will depend on God strength,not on my own strength, because my God is Great God.But Mommy and Daddy,you can proud that your daughter can take care of herself well.She is the type that everyone will loves her because of her character. Haha. I noe you guys have a hard time taking care of me all this time. Not easy to take care the daughters espcially with many immoral issues nowadays and I'm sorry for making you two worried so much about me. No worries anymore now,cause as I'm getting closer to God,He will taking care of me. His grace is sufficient enough for me.

Thank you friends who know me in real life, who close with me in internet life,you guys made my day. Thanks for the wishes at FB,sms and email too. I really appreciate it. Thanks for the joys and tears you guy have gave me especially to my besties.You know who you are. Either during kindergarten, primary school,secondary school,matriculations unti UTM-mates. Love you all :)

Thank you ex boyfriends. Haha.Ex boyfriends,because of the experience I had with you all I get to know men soo well. and that is why my relationship this time last for 2 years and 2 months already. and Mr Boyfriend,thanks for always being with me. Its just that I hope one day, you will have a heart to serve the Lord too so both of us can have the same vision and fulfill His vision together,I will pray for that for sure.

I'm 20 years old now. Who expect me to grow up so well? So pretty yet cute. Kah kah kah. XD

5 years old Valerie. XD

20 years old Valerie.

Do you see any differences? I don't think not much differences laa except the fact that I am beautiful in time. Haha. I think I should back to the hairstyle during my 5 years old. Might be look young. Haha.

My Wishes:
  • Arise in Him. Serve Him.Be His living testimony.
  • Become a daughter whom my parents can proud of.
  • Become a student whom not only doing well in study but practically and have leadership also communication skills.
  • Become a very good speaker in future.
  • Have more level of confidence.
  • More Hello Kitty stuffs as birthday gifts this year. Miahahaha XD


Till then my special post for my twentieth birthday, ❤




Monday, 6 August 2012

My Current Obsession ❤

Hey lovelies 。◕‿◕。



Yes. Cho Kyuhyun is my current obsession :)
I love everything about him.
kekeke.




 and these guys also, SUPER JUNI-OR ~


"It doesn't matter if you're not an ELF from the start.. .

The important is you're an ELF now and you will be until the end..." ~ Choi SiWon

|An ELF since 2012|




p/s: Cuti aku dah nak berakhir dah. 16 August dah fly balik JB sebab join South Region Church Camp di Bukit Gambang Resort,Pahang. Camp bermula on 18-21 August 2012. Bertolak ke Pahang on 17 August. Ohh tak sabar. Nak jejak kaki ke negeri Pahang. Jakun la katakan. kekeke. 

Thursday, 12 July 2012

Semakan Keputusan Permohonan IPTA Sesi 2012/2013 Lepasan Matrikulasi,STPM dan STAM

Hey lovelies 。◕‿◕。

Selamat Malam. Wah, esok keputusan UPU untuk lepasan Matrikulasi,STPM dan STAM kuar kan? Mesti yang berlabel nie semua nabes malam. Tak lena tido la jawabnya. Haha. Been there, done that dear.


My advice, think positif. The power of positive thinking, you never know what you will get. What you will get is the best for you. Believe me.

Apapun korang boleh  buat semakan esok kat link yang diberi:

Cara Buat Semakan UPU 2012 Online

Semakan Keputusan melalui Laman UPU MOHE
Semakan Keputusan melalui Laman UTM
Semakan Keputusan melalui Laman UUM

Sumber: melvister.com


Tips dari Lady Viera, janganlah semak jam 12 tengah hari tu. Rasanya jammed kot tapi kalau guna saluran UUM tu kira boleh bernafas sikit la.. So,semoga berjaya !

Kalau dapat UTM Skudai, you guys are most welcome to ask any question here. Takpun find me at Facebook k. Make sure sertakan sekali private message baru Lady Viera nie approve. Hihi. Kalau dapat Computer Science (Database System) kat UTM lagi bagus. Let's be friend ! Saya sangat mesra orangnya. Haha. Masuk locker tutup sendiri :P

Lady Viera wish you all mendapat pilihan masing-masing. Apapun keputusan esok,hadapi dengan tenang k. Jgn stress-stress. Walaupun dapat kos lelong ke apa, that is what God give you so there are reasons behind that. Hope for the best !


Friday, 29 June 2012

❤ Moon Embraces the Sun | Dr. Jin ❤

Hey lovelies 。◕‿◕。

Oh yeah Oh yeah Oh yeah. That is how a proper lady should react when in holiday mood ? Haha. Who cares anyway. Since cuti bermula so aku nak share and review la drama korea yang aku layan lately nie. Rajin pula nak mengreview citer ye cik Viera kita nie. Kalau suruh study, bapak liaatt. Haha. Sampai ke hari nie belum ada kekuatan nak cek display list. Takuttttt! Tak pepasal tak nyenyak tidur malam sbb fikir result. Heh, nak menyesal pun takde guna. Do it better next sem. Ayat klise. =.="

Okay, move on. Masa study week haritu aku tengok citer Rooftop Prince and Moon Embraces the Sun. Whoaa.. hebat. Org semua pi study, kau pi tengok K-Drama apakes? Haha.. aku memang cmnie. sibuk study week sibuk tu juga nak tengok K-Drama. Tapi harinie aku just nak review Moon Embraces the Sun je sebab ? Sebab citer tu Daebakkkk!! Ada Kim Soo Hyun yang comel. Ececeh. 


Sinopsis? Google sendiri. Malas den nak citer. 

Cuma nak puji sikit okay tak sikit tapi banyak banyak untuk Kim Soo Hyun punya acting skill lagi-lagi untuk crying scene kat dalam citer nie.




Kim Soo Hyun memang pelakon yang hebat. Memang layak la dia dapat Anugerah Best Actor haritu. Congrats Oppa ❤

Tiap kali dia menangis dalam cite nie, I was in AWE ~ Berdiri bulu roma.. dan aku pun turut serta menangis sekali. Okay,tak pepasal. Haha. But seriously,air mata dia memang real tak guna eyemo k. aku sendiri tengok Behind The Scenes. Sumpah, dia sendiri cakap dia memang suka menangis sebab dia suka the weird feeling yang dia rasa masa dia nangis tu. Haha. Pelik tapi benar. Korang tengok sendiri la citer nie,air mata dia berjuraian giler.. aku macam nak takung ngan baldi je masa tengok dia nangis sebab air mata dia banyak sangat.. aku punya lagi banyak kot. Lepastu rasa nak peluk dia je, comfort him. Cewah.Haha. Walaupun aku mula minat dia dalam citer nie, tapi still hati aku nie tak nak tengok citer Dream High. Entahla. Menyampah kot dengan Suzy tu. kekekeke.

Berita gembira, dengar-dengar Kim Soo Hyun akan muncul di Running Man. Daebakkk ! Tak sabar nak tengok. Ngeee ^^

Citer nie overall memang sangat best. Every episod dorang blend dengan sangat bagus.. Aku suka episod akhir citer nie sebab every part, evry watak dorang huraikan satu-satu ending nya. sangat teliti dan memang patut la ranking nya nombor satu di Korea masatu. Aku suka ending yang teliti. tak yah nak gantung cerita sangat la sbb aku rasa takde makna je. cewah,sibuk je nak mengutuk. Haha. Aku luahkan pendapat aku je la :P

Sekarang masa cuti,heaven giler tengok citer Time Slip Dr Jin. Drama nie drama di MBC pada malam Sabtu dan Ahad di Korea. Masih lagi ditayangkan. Baru sampai episod 10 dan aku dah habis download sampai episod 10 tadi. Thanks to Wifi kedai komputer kat bawah. Bapak laju giler.. kalau takde wifi kedai komputer tu, aku taktaula nasib aku.. bosan nak mampus kot. Haha. Hiperbola sungguh. Yelah, nak harapkan broadband untuk download ? Pffft.. baik takyah. ada je cite Korea lain cuma aku nak tengok Dr Jin juga sebab ?? Song Seung Hun Oppa ❤

 Ommmmoooooonaaaaa ~ Ottokhae ? Ottokhae ? Handsome giler... *pengsan* Dahla dia jadi doctor dalam citer lagi lah aku gila.. tak tido malam dibuatnya.. Hahaha..


Fokus oppa,fokus. kang tak pepasal kena saman sebab salah bedah. Haha. Dalam citer nie dia seorang genius neurologist. Pakar bedah kepala otak. Haa..ambik kau. Tapi entah macam mana, ada satu kes pelik terjadi di mana ada foetus dalam kepala salah sorang patient dia. pastu bayangan fetus tu selalu ganggu dia. sampai satu malam pesakit yang fetus tu tadi, nak jatuhkan diri dari bumbung hospital and Dr Jin try selamatkan dia tapi akhirnya dorang dua jatuh sama-sama. Tup tup bila Dr Jin sedar, dia kat mountain. Era Joseon lagi tu. Dia kembali ke zaman dulu-dulu dimana kewibawaan dan skills medical nya sangat dicabar masa era nie sbb kekurangan equipment dan ilmu perubatan zaman Joseon mana lah setanding ngan ilmu perubatan yang ada pada Dr Jin yang datang dari masa depan nie kan ?

Banyak sangat konflik berlaku. Every episod ada je kes yang memerlukan Dr Jin buat pembedahan dan mencabar medical skill dia.Yelah, korang bayangkan 150 tahun dulu, mana ada laser nak bedah kulit kepala. Gerudi nak buat lubang kat tengkorak untuk keluar kan darah beku. Dr Jin sampai kena guna hammer ketuk tengkorak tu. Nampak real sungguh ! Aku sampai pejam mata tengok scene bedah-bedah tu.. Euw euw. Haha. My mom cakap, " Patutlah tak leh jadi doktor. Isk isk isk. " Haha. Betul bah. kegelian tengok kulit kepala yang dibedah tu. aku rasa mcam kepala otak aku yang kena. nyilu rasanya. Haha. Tapi memang citer nie, sepanjang 6 episod aku dah tengok, memang daebakkk! Banyak benda baru yang aku tahu. sebab citer nie bukan setakat love euw euw tu je k. Citer nie dedahkan mcm mana kuasa politik zaman Joseon dulu,perbezaan darjat dan kelas masyarakat yang memudaratkan orang bawahan. Nasib baik la dah takde pengkelasan darjat lagi sekarang nie. kalau ada, aku rasa aku di kelas noble family. Hahaha..

Aku salute sungguh dengan scriptwriter citer nie. Kreatif betul. Lama dah aku tak tengok citer doctor-doctor nie kat tv sekarang. Since ada Dr Jin nie lah satunya pengubat rindu aku. Haha.. Yelah, cita-cita nak jadi doctor tak kesampaian so apa yang mampu, tengok drama pasal doctor je la..Sekali tengok citer nie buat kau ingat citer Black Jack. Ala anime tu. Doctor Black Jack with his scalpel.. Best.. ^^ Tapi sayang kiterorg dah takde Animax lagi sekarang so tak layan Black Jack lagi dah. Heh.

You guys should watch it too. Ranking kat Korea kureng sikit la citer nie sbb citer nie weekend kot. Setakat nie average ranking around 3rd place je..tak kisahla yang penting ilmu dan pengajaran yang aku dapat dari citer nie, sangat bernilai. Korang takkan dapat belajar dari buku pun.

And aku nak komen sikit acting skill si Kim Jaejoong, ala Jaejoong JYJ tu.. Dia berlakon as anak gundik kepada Left State Prime Minister dalam citer nie. Namanya Kim Kyung Tak and also tunang kepada Hong Young Rae(Park Min Young). Dia seorang pegawai polis la kiranya yang jaga keselamatan dan keamanan di Hanyang. Ibu kota Dinasti Joseon masatu. Si Jaejoong nie aku tengok, macam kureng sikit la acting skill dia. Sorry la untuk peminat Jaejoong tu ya. Tapi serius 6 episod aku tengok citer nie, muka dia tu bila berlakon macam kurang ekspresi . ke aku yang salah tengok nie ? Haha. Sungguh seksa aku menengok kalau kuar scene dia. Haha.Takpelah Jaejoong. You have try ur best I think. Ada lebih kurang 14 episod lagi untuk kau improvekan acting skill kau tu ye.. hik hik.


And adik aku yang Form 3 pun join aku tengok citer nie. Haha. My mom takyah cakap la. Kiteorg berdua peminat susah mati SSH nie.. Sejak zaman Autumn in My Heart lagi.


Whoaaaaa * buka mulut luas * Badan abang nie,berketul ketul pas kuar dari Military Servis 2006 dulu. Hehehehe . .  Rambut SSH macam rambut ninja pula. Haha. But still, handsome as usual ❤

Okay sekian. Review K-Drama harinie.Nak sambung tengok Dr Jin kat Tv Plasma,cucuk external hardisk and there you go, HD lagi tu.Haha. Adios ❤