PhotobucketPhotobucket

Sunday 11 November 2012

Cuti macam tak cuti ツ

Hey lovelies 。◕‿◕。


Cuti midsem dah bermula. Saya tak balik Sarawak pun. Sadis tak ? Sob sob sob. Yelah,cuti seminggu je. Macam membazir pula berabis 200+ utk tempoh seminggu je. Baik saya guna duit tu utk makan kt sini je.

So apa saya nak buat sempena cuti ni? Banyak okayy. Cuti macam tak cuti dah =.="

  1. Akademik
  • Projek projek projek .. SADM + Database perlu pergi klinik yang betul-betul. Buat perbandingan dengan case study.So Isnin nie saya kena ambik surat kelulusan dari pejabat.
  •  HCI-Human Computer Interaction perlu buat report research writing pula. Belum mula baca lagi. Esok la. Hehe.
  • COA- Syukur dapat 'couple' aka partner yang bijak. Haha. Siap sudah program tu.Tinggal nak print dokumen then simpan segala softcopy dalam CD. 
  • DSA- Projek source code boleh ambik kat internet je. Semalam dah cari dah. Ada la beberapa yang boleh dijadikan rujukan. Buat apa nak pening kepala kalau lecturer dah sediakan jalan yang senang. Kekeke.
    2.Persatuan
  • Esok jumpa Timbalan Dekan Akademik. Nak bincang pasal AGM Persaka. Memandangkan saya yang jadi Pengarah,so kenalah turun naik pejabat fakulti dan juga HEMA nanti. Lecehnyaa.. 
  • Ingat nak screening borang bebudak yang baru nak minta masuk haritu cuti nie tapi lupa pula nak ambik dari bilik kawan yang dah balik Perak dah =.=" Pelupanyaaa..
  • Nak masukkan rekod baru untuk kelab di kolej juga. Well,saya kan setiausaha di mana-mana je. Haha. 
   3. Kolej
  • Naik cuti midsem nie kolej kiteorang ada Pesta Havoc. Saya dilantik jadi ajk unik cenderamata and Hadiah. Kena buat sijil dan hamper. masalahnya tak pernah sekali pun pergi meeting. bukan saya yang malas k. cuma dorang tak panggil saya. tak buat notis pun. tup tup kawan citer semalam bla bla ada meeting utk pesta tu. pelik. sebab tu la agak kurang suka buat program under JKM Kolej nie. ada je defect. kurang pengurusan betul. tch =.=' sabar je laa..
  • Utk pesta tu juga saya kena jaga kelab RIOTS. Kelab nie merupakan kelab under JKM Kolej so sebagai salah satu kelab yang bernaung under JKM, harusla contribute something kan ? Contohnya cari juri utk setiap games yang akan diadakan tu nanti. Then kena buat borang utk unit aktiviti. Tak paham betul. Apa je keja unit aktiviti kalau tak buat borang ? suruh orang kelab pula yang buat. Tch. Kena hantar before selasa. Maksudnya, esok la last kan? Ayyee. stress naa aku ngan orang cmya.
   4. Kelas
  • I offer myself nak buat design baju kelas then ketua kelas jumpe design yang cantik and he want me to buat prototaip aka sampel yang ikut kriteria design selepas perbincangan di FB haritu. Masa kelas DSA lagi tu. Haha.
Cantik sik? Bukan saya buat. Tapi jadi ilham je la utk baju kelas nanti. Nanti saya upload k yang my version punya. Hee.



Banyak tak banyak? Nasib baik la stay kat UTM je cuti nie dengan kawan yang dari Sarawak juga then rumet dari Sabah. so kiteorg melepak bersama la cuti nie. Selasa ni outing pergi Desaru. Aktiviti church,by U3B. U3B adalah nama unit lifegroup church kiteorg. Ohh tak sabar tak sabar tak sabar ! Haha. 

Oh ya! I'm open to any rekues yang nak minta saya design header blog,poster ke,tshirt ke.. satu design ada lah harganya. Tak mahal,student price punyerr :P


Okay,got to go. Nak buat keje. Toodles!





No comments: