Friday, 11 May 2012

KMLVenture | Edisi Fasiliti

Hey lovelies 。◕‿◕。

Bertemu kembali dalam segmen KMLVenture yang dibawakan khas oleh Cik Lady Viera untuk adik-adik yang bakal masuk Matrikulasi especially KML, Hehe.Kali nie, cik Viera nak citer sikit pasal kemudahan kat KML.
Jum jum baca sama-sama!

Kolej Kediaman

Kolej kediaman terbahagi kepada kawasan blok perempuan and blok lelaki.

Blok perempuan:
Karisma A
Karisma B
Madani C
Madani D

Blok Lelaki:
Luhur E
Luhur F

Kalau korang perasan nama blok nie,initial nya ialah K M L kan kan ? Taktau lah sengaja atau coincidence. Tapi rasanya memang sengaja kot. Nak nampak related la tu. Neway,gud try. Kreatif. Hehe.

Setiap blok ada 5 tingkat termasuk Ground Floor. Maksudnya naik tangga sampai tingkat ke 4 je lah. Dalam satu tingkat ada 30 buah bilik. Blok terdiri daripada sayap kanan,kiri dan belakang. Besar juga lah kawasan blok tu. Jangan risau.Hehe. Kat blok ada tempat jemur pakaian kat beranda untuk yang tinggal di tingkat 1-4. Yang tinggal ground floor jemur pakaian kat tempat jemur pakaian di bawah la.Untuk blok kediaman,ada satu koperasi je. Blok kediaman perempuan,koperasi kat Madani D je.Blok A,B dan C takde tau. Untung laa kalau korang dapat Madani D nanti.



Setiap bilik dihuni seramai 4 orang pelajar. Berbagai bangsa biasanya sebab dia nak wujudkan perasaan 1Malaysia tu. Bagus juga sebenarnya. Hehe. Cuma kalau ada pelajar type takleh nak survive sendiri tanpa kawan-kawan rapat dia, konfirm dia pindah bilik. Samada haram atau tak. Biasa terjadi secara haram la. Pindah masuk bilik kawan rapat dia tu tanpa permission. Bila spotcheck baru padan muka. Haha. Dia rela bersempitan tidur kat katil kawan dia tu gara-gara takleh survive sendiri kat blok yang lain-lain. Tak paham betul ngan orang macam nie =.="  

Permandangan di KML


Nasihat sis, cuba biasakan diri bergaul dengan orang lain. Jangan nak berpuak sangat. Kan bagus dapat kawan yang pelbagai bangsa,boleh belajar bahasa,budaya dia. Seronok. Sis dulu tak berkesempatan sebab roomate sorang tu sama bangsa je. Sorang lagi jarang kat bilik kami sbb dia type yang macam sis mention tadi tu lah. Tapi hubungan kiteorg baik je lah cuma tak rapat sangat. So,korang harus bersikap terbuka dan bertolak ansur nanti ya. Belajar bertoleransi sebab tak semua orang sama dengan perangai dan tabiat kita. Ada yang suka nyanyi kuat-kuat masa belajar,ada yang suka kutuk belakang, ada yang jenis basuh baju seminggu sekali so bilik korang maybe berbau la ngan bau baju dia tu. Haha.

My roomate-Seniorita Bandy,UNIMAS now.Electrical Engineering.
Syukur, roomate sis dulu semuanya sekepala. Rajin dan lebih kurang je perangai. Haha. Cuci baju 3 hari sekali. Gilir-gilir guna ampaian sebab biasanya ampaian tak cukup kalau semua kami nie serentak cuci baju. Haha.Kalau kena time puasa, korang harus respect kawan yang Muslim tu. Jangan makan depan dia. Minta maaf kalau tak sengaja makan/minum depan dia. Sis dulu selalu terminum air depan rumet sis yang sorang lagi tu. Cian dia. Memang la dia cakap okay je,tak kisah tapi takkan la kita buat endah tak endah je kan. Harus hormat orang lain juga. Hehe. 



Bilik mandi kalau yang sayap belakang agak besar sikit compared ngan sayap kiri dan kanan. Luas. Ada tempat membasuh. Shower room ada 6. Tandas pun 6 juga. Nie kat bilik mandi sayap belakang la. Sayap kiri and kanan hanya ada 3 shower room dan 3 tandas kalau tak silap.Pastu ada sinki siap ngan cermin. Taktau la sekarang masih ada cermin ke tak.Haha.Ada tempat macam berwuduk tu juga.

Nasihat sis kat bilik mandi,korang kena hati-hati. Sebab lantainya licin lagi-lagi kat Madani D Tingkat 1 sayap belakang.Rumet sis selalu tergelincir. Ada masalah ngan selipar dia kot.Haha. Sis okay je,so far tak pernah ada kes tergelincir.Haha.


Oh ya,kat bilik ada 2 bahagian. Satu bahagian adalah tempat study. Satu bahagian pula tempat tidur dan locker. Dipisahkan dengan konkrit. Amboi ayat. Haha. Tempat study ada meja belajar siap ngan laci,rak buku kat atas dan lampu belajar serta kerusi. Nak tips dari sis ? Register awal . Dapatkan tempat study yang dekat ngan tingkap. Kalau boleh tingkap yang menghadap hutan tu,bukan tingkap sebelah kaki lima. Jenuh mendengar orang lalu lalang nanti. Hehe.Tapi terpulang pada korang. Sis cuma bagi tips je. Sebab ? Tempat study mcm tu rasa sejuk lagi. Kalau korang dah stress belajar,boleh tengok hutan yang menghijau. Untung sikit,boleh la nampak kera-kera kat luar. Haha. Cuma suasana waktu malam kat tepi tingkap quite seram. So buka tingkap sikit je k. Haha. And pagi pun, agak terbias dengan cuaca panas. Tapi semua nie depend ngan kedudukan bilik korang jugak sebenarnya. Samada di sayap kiri,kanan atau belakang.Kemudahan kat kolej kediaman nie sis citer untuk Madani D je tau.Sebab sis tinggal kat situ dulu.Basically semua kemudahan kat blok kediaman pelajar adalah sama.



Kafe

Done with kolej kediaman.Now, cafe pula. Ada 3 cafe pelajar di KML. Kafe A, kafe B dan kafe C.Pelajar lelaki dan perempuan boleh makan kat mana-mana. Lepas 6 petang, pelajar lelaki dan perempuan tak boleh berdua-duaan kat kafe. Bertigaan pun tak boleh. Pokok pangkalnya, lelaki tak boleh ada kat kafe A dan B iaitu kafe yang dekat dengan blok kediaman pelajar perempuan lepas jam 6 petang. Kafe C pun camtu.Pelajar perempuan takleh ada lagi kat sana lepas jam 6 petang. Basically, kafe C pun terletak dekat ngan blok kediaman pelajar lelaki.Kafe A terletak dekat giler ngan bilik tutorial. Tak sampai seminit korang dah jejak kaki kat kafe tu.Kalau laju berjalan la. Haha. Kafe A terletak antara Blok A dan Blok B. Kafe A antara kafe termurah masa zaman sis dulu la. Taktau sekarang. Ikut siapa yang dapat tender kan. Kafe B pula antara Blok C dan Blok D. Kafe B sangat mahal harga makanannya. Cekik darah betul. Haha. Sis jarang makan kat Kafe B dulu sebab harga makanannya tak konsisten. Huhu. Sedarlah kita nie student mana mampu kalau setiap kali makan harga makanan tak berpatutan. Tu dulu la, mana tau sekarang dah ada tender dari syarikat lain pula. Hehe.



Oh ya,kafe biasanya provide makanan yang korang pilih sendiri tu. Nak order biasanya malam je. Pagi and tengahari dan petang biasanya kafe masak then dorang serve and korang boleh cedok mana yang korang suka. Air pula boleh order. Bila-bila masa. Ada juga yang dorang dah sedia sendiri. Korang tinggal pilih sendiri. ala macam kat baazar ramadhan tu. Haha. Tapi nie semua berdasarkan pengalaman sis sesi 2010/2011 dulu la ya. 

Bangunan akademik

Mari ke bilik tutorial dan dewan kuliah.Hehe.



Ada 50 bilik tutorial kat KML kalau tak silap. Dan 6 dewan kuliah. Bilik tutorial biasanya dipanggil BT je. Dewan kuliah pula DK je. BT 1, BT 2 and etc.. DK1,DK2 and etc.. 

Di bilik tutorial.Tutorial Kimia terakhir di KML :')

BT ofcourse ada kerusi dan meja. BT nie biasanya untuk kelas tutorial korang. DK pula untuk kuliah besar.Contohnya, F1T6. F1 maksudnya, Fizikal 1. Kumpulan kuliah 1. Tapi kalau ikut kelas tutorial, tutorial 6. Senang citer, kumpulan kuliah terdiri daripada beberapa kumpulan kelas tutorial yang kecil-kecil tu. Hehe. Nanti sis explain lagi dalam edisi sistem di matriks ya. Kat DK biasanya lecturer guna slide,projector..DK paling besar ialah DK1 dan DK2. Biasanya budak hayat je guna DK nie sbb kuliah dorang besar. Satu kuliah ada 10 tutorial kadang-kadang. Tips sis ? Jangan duduk depan sangat. Terkehel leher gara-gara nak tengok slide kat depan tu. Kalau boleh, duduk sebaris atau lagi atas dengan pemancar LCD tu.

Kami bertiga di UTM skrg ^__^

Menara Pentadbiran.

Banguna belakang=Menara Pentadbiran


Atau lebih dikenali dengan MP. Tempat lecturers dan semua pengurusan dan pentadbiran kat sini la. Ada 6 tingkap termasuk Ground Floor. Setiap tingkat untuk setiap Jabatan yang berbeza. Contohnya Tingkat 3 adalah untuk Jabatan Fizik dan Matematik.Tingkat 2 untuk Jabatan Kimia. Ada lift dan tangga. Lepas jam 4 kalau korang pergi MP memang jangan mimpi nak naik lif la sbb ramai giler yang pergi jumpa lecturer.Naik tangga je senang, walaupun letih tapi berbaloi. Haha.Kena pakai kad matrik masa masuk MP. Pakaian haruslah formal. Kecuali masa study week ada diberi kelonggaran tu pun still takleh pakai tshirt lengan pendek.Harus pakai baju sukan KML. Huhu.

Baju Rasmi KML


Perpustakaan.

Depan Perpustakaan


Perpustakaan ada satu tingkat je. Ground floor dan tingkat 1. Zaman sis dulu tak banyak buku yang syllabus baru. Semua masih sillabus lama. Tak suka lah. Buku cerita lagilah. Semuanya klasik. Haha. Librari sangat sejuk selepas diselenggara dulu. Tak tau la sekarang masih sama ke tak.

Makmal Komputer

Makmal komputer bersambung dengan librari. Masa mendaftar nanti,korang akan turun naik bangunan librari yang bersambung dengan makmal komputer nie la. agak pening la memula sebab tak biasa. Masuk pintu lain,kuar pintu lain pula. Haha. 

Makmal Fizik,Kimia dan Biologi

Depan Makmal Kimia
 Makmal nie semua di bangunan akademik.Makmal Kimia di Ground Floor. Makmal Biologi di Tingkat 2 dan Makmal Fizik di Tingkat 3.Don't worry ada papan tanda. Hehe.

Last Experiment di KML :')

Beg kena tinggal kat luar makmal

ATM

ATM pun dekat je.Terletak kat bahagian belakang bangunan librari tu.Ground floor. Betul-betul depan Madani D. Cuma kena jalan sikit la. Hehe. 

One Stop Center


Tempat pelajar berurusan terutamanya surat menyurat dan surat keluar masuk matriks,surat berhenti matriks juga.Haha. Tempat pelajar berdating. Dan belajar berkumpulan malam-malam.Terpulang pada anda bagaimana nak gunakannya.Ececeh. Haha.

Semua kemudahan macam cyber cafe,tempat fotostat semua kat tengah-tengah KML iaitu di bangunan librari tu la. Mungkin korang takleh bayangkan sekarang.Sis faham. Haha. Cuma apa yang korang tahu, pelajar perempuan sangat beruntung lagi-lagi yang tinggal di blok D sebab kat center juga. Kat blok C pun lebih kurang la benefits ngan Blok D. Cuma yang tinggal kat blok A agak jauh dari kawasan center. Tapi tapi blok A dekat ngan bilik tutorial.Tu je lah kelebihannya.Hehe. Setiap blok kediaman ada kelebihan dan kekurangannya. Tapi bagi sis, tinggal di Madani D selama 10 bulan sangat membahagiakan. Tak pernah sis complain apa-apa sebab Madani D sangat strategik tempatnya. Hehe.

Till then,next entry pasal sistem di matriks.Pembelajaran,Semester dan Pengiraan Pointer.


2 comments:

Anonymous said...

time batch kitak dolok da x student yg tukar jurusan ?
ex: sains pergi akaun ?
dapat tukar jurusan sains pergi akaun x ohh ?

Vieraღ said...

Hai cik Anon :)
Ada je yg tukar..sains to akaun ramai juak yg tukar.even xda basic.cuma akaun to sains tak boleh la.Hehe.