PhotobucketPhotobucket

Wednesday 30 May 2012

Demam Presentation

Hey lovelies 。◕‿◕。

Ohoh! Lamanya tak update blog. Standard ayat kau nyah. Haha.

Nak cerita all things yang happening around me, banyak kot. Nak tahu juga ke ? Yelah2. Kot-kot dah tetua nanti nak baca balik blog ke, boleh juga mengimbau kenangan lalu masa jadi mahasiswa UTM ye dak? Hehehe.

Aku citer kategori pembentangan je lah ya. Biasanya alam mahasiswa dah nak mula study week baru sibuk bentang projek. Due date pun memang lambat. Pastu, ditambah dengan nature semula jadi manusia macam aku nie yang suka menangguh kerja, suka benar buat kerja last minute, fuhhhh maunya tak tidur semalaman and sakit perut gara-gara nak siapkan projek. Sakit perut tu takde kena mengena. Entah kenapa nak cerita juga. Haha.

Pembentangan pertama dah jalan. Iaitu pembentangan subjek TITAS.Tajuk kajian kami ialah Peranan Kolej Kediaman dalam Pembangunan Pembelajaran Mahasiswa.Panjang tak panjang ?Haha. Last week tapi aku tak ikut pun sebab pergi melawat MDEC. Haa, yang tu nanti aku citer la ya kalau rajin. Haha. Team-mates yang bentang cakap okay je. Lecturer puas hati la. Aku buat part questionaire and analysis haritu. And I've done my best then. Harap TITAS dapat A. Amin ^____^

Pembentangan kedua ialah Project Online Banking System untuk subjek Programming Techniques II. Yang nie, mau gugur rambut aku and team-mates kalau buat sesama kami sendiri. So kiteorang jemput khas super genius senior kami dari Sabah iaitu Rinston Oliver Simbun. Ececeh. Nama penuh tuu~ Haha.Mula buat projek malam Selasa(22/5) yang lalu. Siap malam Khamis. To be exact, tengah malam Khamis(25/5). Hampir hari Jumaat la tu.Haha. Thanks sunbae. Sayang senior lebih ! Haha. 

Pembentangan projek nie pun dah berlalu.Hari Isnin (28/5) haritu. Kiteorang group last kena present.Huhu. Sangat bosan menunggu group yang lain.so far okaylah. kiteorang dah buat yang terbaik. cuma sayang betul tak ingat simbol * untuk apa dalam programming. Cek balik rupanya simbol * tu adalah untuk dereferencing pointer. sesiapa yang belajar programming tu faham la. nasib baik simbol & dapat jawab. & dalam programming adalah ampersand ya. bukan 'and'. Hehe. Above all, aku sangat bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan kawan-kawan baru aku untuk sem II nie. Haha. Fatin, Fairuz, Fifah and Atin. Nama kumpulan kiteorang ialah Joyah. Yeah, hidup Joyah! Tetiba. Haha. You guys the best! Next project kita lagi ya. Hihi.

Just now, pembentangan website pula. Untuk subjek Web Programming. Kiteorang kena buat website tadika. Nasib baik website tadika. Kalau online shop, susah lagi kot tapi ada je source code dari senior tu so tak mencabar kalau nak copy paste kan. Haha. Nak mencabar sangat sampai diri sendiri tak tidur malam siapkan website tu malam tadi. HTML dah perfect tetiba PhP buat hal pula. Semalam elok je masa test sekali nak bentang tadi, aigoo memalukan betul. Nasib baik Dr Shahizan sangat baik. Dia bagi chance my team atur balik.Modify apa yang ptut then bentang lagi. Bila modify okay, nak tunjuk kat depan buat hal lagi. Tetiba msg error kuar. Apa kes ?!! Haha. Aduyai. sabar je la. nasib baik cinta mati dengan subjek nie so dapat tahan la cabaran tu. kalau tak memang aku bakar dah laptop nie. Kah Kah Kah. Banyak duit bapa kau nak beli baru Vie? Haha. Acah je. And thankfully, Dr.Shahizan bagi kami semua chance untuk submit sekali lagi softcopy website yang lengkap dengan HTML and PHP Isnin depan. so aku akan make sure aku mahir sangat-sangat mahir semahirnya kali nie untuk pastikan code php tu berjaya. Don't stress ya Vie. Reminder for myself. Hehe.

Usaha membuahkan hasil, team aku dapat tempat kedua. Hee ^______^ Oh ya lupa nak mention, pembentangan website nie juga merupakan pertandingan mencipta web antara kelas kami je la. Tapi sumpah rasa tak caya je masa Dr.Shahizan announce tadi. Dahla PhP tak berapa nak menjadi. Huhu. Rasa tak layak juga tapi Dr.Shahizan kan professional orangnya so he have his own reason kenapa kami dapat tempat kedua. Sangat bersyukur tau tak ? Hehe. Tahniah pada geng Fairuz and Fatin and Nanad, Hidup Joyah! Dorang dapat tempat pertama. Tempat ketiga dimenangi Qiqi, Suki and Damo. Dorang punya website pun best juga. Pokoknya, ceceh. Semua website 1SCSD best and lawa-lawa. Kite semua adalah pemenang. Tiada pengalah ya ~ Hehe.



 Piala Naib Johan warna perak. Weee~ Piala pertama sepanjang masuk UTM. I'll treasure it for the rest of my life. Haha. Atleast dapat buktikan pada my parent yang aku menghadap laptop suka mengubah coding blog dulu berbaloi kini. Tapi HTML takde cabaran. Serius aku cakap HTML takde cabaran sangat. PHP tu haa, mendidih kepala otak buat. Lagi otak yang tak berapa nak pintar cm aku nie. Pendorong aku buat website nie siap -siap adalah sebab aku minat subjek nie. Sangat minat dan pastinya subjek nie aku akan pastikan aku dapat A juga. Amin ^____^

Sekian je lah pembentangan kami. Esok ada HBS pula, macam last year cuma kali nie under subjek Network and Communication. Teks baru baca page satu je tu pun tak berapa nak hadam sangat. Heh. Malam nie brainstorm dengan team-mate Fairuz and Fatin lagi. Aku suka team up ngan geng-geng nie sebab dorang dedikasi and ngam la ngan kepala otak aku yang giler-giler nie. Haha. Apapun, kami akan buat yang terbaik. Hee.

That's all. Kul 3 aku ada kuiz Computational Math yang berminggu-minggu dah bertangguh.Sebab masa kuiz tu diadakan aku kena buat performance koir untuk Konvokesyen UTM ke-48 yang lalu. Study! Study!

 


 

No comments: