PhotobucketPhotobucket

Saturday 5 May 2012

KMLVenture | Edisi:Perjalanan&Pendaftaran.

Hey lovelies 。◕‿◕。


How ya doin? Well, dapat masuk matriks tak ? I bet mesti ramai giler yang dapat nie. even dapat 1A/2A kalau subjek sains pass dengan jayanya, masuk matriks juga cuma Program Dua Tahun laa. Takpe, jadi student PDT nie ada banyak benefits. Hehe. Cuma kali nie akak korang nie nak share life student PST (Program Satu Tahun) di Matrikulasi especially di Kolej Matrikulasi Labuan. Ok, let's start!

Perjalanan ke Kolej Matrikulasi Labuan.(Utk Sarawakian)



Sis dulu bertolak dari Sibu ke KK,Sabah then barulah ke Labuan. Adik-adik harus tahu.Tiada flight direct terus ke Labuan lagi-lagi kalau guna Air Asia,memang takdelah kalau dari Sibu. Same goes to Kuching.Semua flight harus transit di Miri/KK terlebih dahulu. Nak ke Labuan kena guna Mas Wing dari Miri. No other choice.Dari KK pula,ada choice. Boleh guna Air Asia. Balik pun sama. Kena guna Mas Wing dari Labuan ke Miri. Then dari Miri ke Sibu,sukati bapak tiri korang la nak naik apa..same goes to kalau ke Kuching.As for me, dari Sibu mengade nak pergi Sabah sebab parents yang nak gi Sabah dulu. Alang-alang ke Labuan, singgahla di Sabah. Haha. Nak jenguk Pasar Filipina lah, nak shopping pearl la.. Macam-macam.. =.="
Sis ikut je. Dah parents yang bayar. Muehehe.


Sampai di Labuan, gunalah teksi ke KML. RM20 je. Dulu la.Taktau sekarang (2012) kalau naik harga jangan salahkan sis.Haha.. Tu kalau nak guna teksi. Actually, dorang pun ada sediakan bas nanti. Terus g matriks. Siap ada banner sambut kedatangan korang. Tiap tahun,memang Pulau Labuan tu tenggelam dengan students matriks masa mendaftar.Haha. As for me, naik teksi ke hotel la.Banyak barang yang belum dibeli. So stay kat luar dulu sebelum mendaftar keesokan harinya. Bercakap pasal hotel,adik-adik harus tempah hotel seawal yang mungkin.Kalau boleh,dapat je tawaran haritu and konfirm pergi, tempah terus. Kalau tak, nak tak nak kena tinggal kat Grand Dorset yang RM200-RM400 semalam la gamaknya.Haha.. Kami dulu pun kena tinggal kat hotel yang grand cuma bukan Grand Dorset la.. RM200 semalam. Bayangkan ? Huhu. Padahal boleh dikira awal juga laa tu menempah hotel cuma hotel yang berpatutan tu dah penuh. Cepat giloss. Alang-alang dah cakap pasal hotel nie, meh sini sis bagitau hotel yang sesuai utk korang booking.
  • Mariner Hotel
  • Victoria Hotel
  • Tiara Labuan Hotel
  • Pulau Labuan Inn
4 hotel yang dinyatakan hotel yang sangat berpatutan harganya. Dan strategik. Terletak di tengah bandar Pulau Labuan.Untuk yang tiada pilihan, Grand Dorset dan Waterfront Hotel menanti anda. Duit mencurah gara-gara nak bayar hotel je. Huhu. Tapi Grand Dorset dan Waterfront Hotel nie dekat ngan Ujana Kewangan(UK)/Financial Park. Satu-satunya Shopping Complex yang boleh dikatakan besar di Pulau Labuan.Haha.Nanti sis citer lebih lanjut okay.Since dekat,so korang senang la shopping kat sini in case korang tinggal kat hotel yang sis nyatakan tadi. 


Things must bring to Matriks:
Baju Kurung! Sediakan baju kurung sebanyak yang mungkin. Begitu juga dengan seluar slack hitam dan kemeja lengan panjang kalau boleh. KML sangat strict dalam isu pemakaian studentnya. Nak pakai skirt,pakai skirt labuh. Sem 1 memang skema la.Ikut je. Dah sem 2 adalah bebudak yang dah tak ikut peraturan.Bole je pakai selipar g kuliah. Tak berwawasan langsung. Haha. 

UPDATE 2021 : So I received quite alot of questions tanya pasal pemakaian kat Matriks. I am not sure sekarang ni mcm mana regulation dorang dah 2021 kan. it's been 10 years LOL but one thing for sure, bawa pakaian yang sopan especially yang NON MUSLIM. Lengan panjang and berkolar for outing. Pergi kelas memang BAJU KURUNG/SKIRT LABUH/BLOUSE LENGAN PANJANG. Basically, keyword dia SOPAN. NO JEANS! 



Dah siap packing ? Jum mendaftar.

Oh ya,tak perlu bawak baldi,gayung or any perkakas macam penyedok,penyapu,mop,tong sampah,hanger,penyepit sebab ada jualan semasa korang mendaftar nanti. Tak payah nak gago beli kat luar.Kat KML murah lagi kot. Hehe.



Pendaftaran di Kolej Matrikulasi Labuan.
Cerita pasal pendaftaran biasanya ada je version-version gula sesedap rasa tambah sendiri.Haha. Maksudnya, ada je undang-undang baru yang ibu bapa student tambah sendiri. Macam sis haritu, mula-mula kena inform oleh kengkwan bahawa kalau dah masuk/register kat KML,tak boleh keluar dari kawasan tu.Kena stay. That is why sis tak mendaftar sebaik je sampai Labuan 9 Mei 2010 dulu.Hehe.Sebaliknya sis mendaftar petang tu bila ada auntie yang anaknya merupakan kazen sis juga bagitahu boleh je register and keluar balik. Bila 10 Mei 2010 barulah tak dibenarkan keluar lagi dah. So,apalagi,mari mendaftar. Kena pakai baju kurung tau. Potong kuku pendek. Pakai kasut bertutup dan mesti berstoking. Sis dulu tak pakai stoking kena warning. Haha. Siap-siap fail dan dokumen yang dorang nak dengan lengkap. So kat sana nanti korang takdelah serabut sangat sampai hilang ic la,surat beranak la,kena reject la..


Biasanya korang akan diberi flow pendaftaran kan semasa pengumuman tawaran tu. Flow yang bermula dari Dewan Mutiara sampai ke blok kediaman masing-masing. Flow yang sangat panjang.Barang-barang luggage korang boleh tinggalkan kat ruang menunggu.Suruhla famili jaga dan tengokkan.Jangan nak mengada bawak barang berat sepanjang pendaftran.Korang kena naik tingkat tiga nanti tau? Haha. And nasihat sis,once dah setel di satu-satu stesen simpan dokumen and IC korang elok-elok.Takut tercicir. Be careful and smart. Sis ada sorang kawan masa pendaftaran. Budak Sabah,Melayu,pempuan,. kami berkenalan pun di pintu depan Dewan Mutiara.Haha. Kami sama-sama bergerak dari satu stesen ke stesen yang lain then sampailah kat pendaftaran blok kediaman, dia perasan yang IC dia hilang. Tercicir la tu. Nasib baik boleh je register masuk kolej kediaman tanpa guna IC. Cuma sis kena temankan dia trace balik perjalanan pendaftaran tadi laa.. trace.. trace.. tak jumpa.. Last-last, memang tak jumpa lah.. nak tak nak buat semula..

Masa pendaftran memang korang akan rasa serabut kalau tak prepare awal-awal. Tu yang ada kes tercicir tu la, nie la.. macam-macam.. tapi sis faham,biasalah di tempat baru, baru nak sesuaikan diri. Panik la, gelabah la.. Haha.. Sis dulu pun gelabah juga tapi fikir balik, bukan sis sorang je kali pertama jejak kaki kat KML tu, hampir semua orang sama keadaannya dengan sis so buat apa nak gelabah? Just smile and calm and everything gonna be okay ^^.


Mak bapa atau famili yang ikut,don't worry. Ada tempat menunggu disediakan.Ada gerai makanan,baju,air dan macam-macam lagi dibuka. Boleh masuk Dewan Kuliah dengar briefing dari lecturer-lecturer pasal life di Matriks nanti so takdelah famili korang risau sangat kan. Oh ya, nanti masa register kena pergi sendiri. Jangan nak mengada ajak ibu lah,ayah la,boyfriend la.. tolong sikit. Awak tu dah 18 tahun. Hahaha.


Kalau pasal barang banyak and bagaimana nak bawak ke kolej kediaman,senang je. ada bus disediakan kat dalam tu. Korang naik bas ikut label dia pergi ke blok mana satu. Kat KML ada 6 blok. 4 blok pempuan dan 2 blok lelaki. Karisma A,Karisma B,Madani C dan Madani D adalah blok perempuan.Very dekat dengan bilik tutorial dan dewan kuliah also kafe. Sis akan cerita details di next entry k. Luhur E dan Luhur F adalah blok lelaki. Agak jauh dari dewan kuliah dan bilik tutorial. Haha. Nasib korang la. So masa pendaftran kalau tak larat angkat barang, naik je bas apa yg patut.Tau membaca juga kan? Haha.

Next entry,sis cerita pasal Minggu Orientasi and Kemudahan di KML pula okay.Kalau ada apa-apa pertanyaan,sila tanya,Jangan malu-malu ^^.

Esok kena jadi volunteer di Skudai Parade nie,ada Kempen Derma Darah anjuran Hospital Sultanah Aminah with Hope JB(my church). Sis bantu apa yang ptut je. Bukan penderma pun.Tak cukup berat. Haha.

Bubyee ~~

*UPDATE ON 26th April 2019 : Adik -adik yang bakal masuk Matriks especially KML tu, you may find me @ Twitter or Facebook. Search for my name - Valerie Bukas. I'll be able to have Q& A with y'all there ya ;)


16 comments:

Felicia Richard said...

waa excited already! :D nasib baiklah blok perempuan dekat dengan dewan kuliah. okay, part itu menenangkan jiwa raga sikit LOL :))

p/s : can't wait for the next entry! :D

Vieraღ said...

Haha.Glad to hear that!

Ya,ya.Don't worry pasal blok memang dekat ngau kafe and dewan kuliah..

Akmal Idrus said...

Googling and find this blog. Erghhh, xsabar nak daftar kt kml nnt :))

Vieraღ said...

Haha.
Thanks to SEO then.
Well,gudluck to you then Conan!
^^

teddielicious ♥ said...

Sis, kalau beli baldi sedia then bawa ke kml, boleh tak? i mean, tak nampak pelik? hahaha

Vieraღ said...

Boleh je.Tak pelik pun. Hehe.Cuma kalau datang dari jauh,takyah la nak sibuk bawa bnda tu.Menyusahkan diri je. hehe..

Unknown said...

kakak, nak tanya sikit, yang masa nak daftar matrikulasi dalam internet tu ka, yang print out tu perlu bawa jugak ke?

Vieraღ said...

@Jacinta Morris

kalau ada surat tawaran original,yang dipos ke alamat surat menyurat, sila bawa yang ori la. fotostat bebanyak. kalau takde surat original,baru print surat tawaran di internet :D

Unknown said...

@Vieraღ
maksud saya, sebelum kita dah dapat surat tawaran belajar matrikulasi kan kita perlu daftar dlm website matrikulasi tu, beli no. pin lepas tu memohon dlm website tu... yang tu perlu bawa jugak ke? psl saya terlupa print out... tkt perlu bawa jugak... >.<

Vieraღ said...

@Jacinta Morris

Owh yang tu ke? Hehe. Sorry salah faham. Yang tu tak perlu. Takde effect. XD

Unknown said...

@Vieraღ
owh... ok.. tq...:D

ELLE said...

thanks kak viera.. :) neves mok masuk KML nanti..huhu..

Vieraღ said...
This comment has been removed by the author.
Vieraღ said...

@ELLE

Congrats !
All the best at KML :D

Sara said...

hi sis,sy nak tanya apa etika pakaian 4 non muslim girls at matrikulasi labuan?what u shld bring and not?tq so much:-D

Unknown said...

Akak,kalau seluar tu kelabu or seakan2 brown boleh ke? ada garis2 boleh tak? Sya bakal pelajr KML 2015..trbca blog akak tdi,nak tahu pengalaman kat KML. kalau boleh akak email kpda email saya: raymondbaring97@gmail.com.Oh ya,btw I'm a sarawakian too ^_^