Friday, 22 February 2013

ღ BB1M RM250 ღ

Hey lovelies 。◕‿◕。

Ohoho~ Akhirnya baucer buku sudah sampai di tangan saya. Muehehe. Benda yang dinanti-nanti untuk penggemar buku macam saya nie,bila dapat baucer macam dapat duit sejuta jatuh ke riba. Sorry ye tak main ah bulan-bulan.. Ada bulan apa guna ? Haha. 

Pengedaran baucer nie kat UTM adalah semalam. Bebudak 1st Year wajib ke DSI untuk ambik sementara bebudak yang bukan 1st year,kenalah gi pejabat fakulti masing-masing. Ambik kau, ada kengkawan tweet photo dorang tengah berbaris panjang kat pejabat fakulti. Kat DSI lagilah. .  dah macam mangsa tsunami terima bantuan. Kehkehkeh.

Saya pergi baru je pagi tadi. Around 9.30 pagi sampai fakulti, tunggu 5 minit sebab orang pejabat meeting then buka pejabat jadi orang ke 4 macam tu laa ambik baucer. Bagi kad matrik, dapat 5 keping baucer, pi sign buku log baucer. DONE! Muka berseri seri keluar dari pejabat. Yelah, RM250 tuu~~



Kali nie  kaler nie merah pudar. Last year warna biru.. Next year,harap-harap masih ada lagi la.. Buat warna kuning pula okay. Hihi. Pastu bagi jumlah Rm300 pula.. Kalau ada.. Korang tau la situasi politik sekarang nie. Saya tak jamin apa-apa. Sebagai seorang student yang tak pentingkan politik, saya tak kisah tapi harus ambik kisah juga. Yelah, golongan belia la yang menentukan masa depan negara kononnya. 

Saya berterima kasih pada kerajaan Malaysia sebab memberi baucer nie. Saya rasa antara Kad Diskaun Mahasiswa dan Baucer Buku, baucer lagi penting. Kad diskaun ? Saya tak nampak apa pun faedahnya. Hmph. 

What to do with BB1M ? Saya dah listkan apa saya nak beli. Korang macamner ? Jangan bazirkan k. Beli benda yang berfaedah. Kalau taktau nak guna, minta advice dari kengkwan. Muehehe. My first thing in list adalah printer. Cukup-cukup RM100 tu akan digunakan untuk beli printer. Harap adalah. Amin! Pastu baru beli benda lain. Macam buku subjek dan novel Ain Maisarah,Nurul Syahida serta Sophie Kinsella. Gituu ~~

FYI, baucer nie valid sampai 31 May 2013. So, untunglaa kalau boleh guna baucer nie masa Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC nanti. Macam nak pergi kalau ada kawan yang ajak. Cik Fairuz ? Apa kata anda? Hahaha.

Till then, toodles ~


No comments: