PhotobucketPhotobucket

Thursday, 9 May 2013

*෴* Cerita Sakit Saya.

Hey lovelies 。◕‿◕。

Due to perubahan cuaca/musim dan terkena hujan tempoh hari,antibodi aku yang tak berapa nak stabil pun tak mampu nak menampung serangan bakteria dan virus-virus cinta. Haha. Just kidding. In short, aku jatuh sakit la. Dimulakan dengan sakit tekak yang tak berapa nak teruk, aku dah agak aku akan sakit punya. Get ready je la. Then next day sah,demam sampai menggigil-gigil. Panas di dalam badan tapi sejuk di luar. Itu sudah biasa bagiku. Hehe. Pakai stoking dan sweater. Berbungkus selimut. Slow kipas. Adalah berpeluh sedikit. And of course peluh masa sakit adalah sangat nikmat. Hoho. 

Hari Rabu nasib baik takde kelas pagi. Cuma ada kelas jam 11 pagi. Then bersiap-siap separuh nyawa dah, hampir pengsan di bilik mandi,berpinar-pinar dah dunia ni masatu. But thank God masih sempat bertahan. Bila dah get ready tunggu bas tu,berpinar-pinar lagi, Ya Tuhan, serius tak larat then kol kosmate ingat nak tumpang sekali g fakulti tapi beliau pun sakit juga and decide tak datang kelas. So aku pun ambik keputusan yang sama. Balik bilik. Berselimut dan padam kipas terus. 

Tengahari tu dah plan ngan my girls nak dapatkan Pizza yang murah. PizzaHut tengah wat promo, 1 regular pizza = RM10.9+ sumting kalau tak siap. Maksimum hanya 5 keping pizza boleh dibeli. Okay sambung citer plan tadi. Syukur dah berpeluh tengah hari tu, aku gagahkan diri ikut my girls g Jusco Taman U. Lagipun aku nak isi application form keja kat Etude House mcm yang aku citer haritu. So apa citer? Dah isi form,dia interview aku serba sedikit, bila nak kerja,nak gaji berapa per jam. Aku cakap aku nak mula kerja around Jun dan gaji RM5 per hour. Standard utk beauty consultant. Aku tanya bila working hours, supervisor tu cakap bergantung. Dia akan kol aku dalam masa seminggu. Mudah-mudahan aku dapat. Sebab aku takde plan B sekarang. Huhu.

Okay dah balik dari Taman U,aku menyambung rehat. Bangun tidur tu bersiap untuk g Lifegroup masatu tekak aku rasa macam dah okay. Ada harapan nak sembuh. Then masa Lifegroup aku berdoa untuk healing. Atleast Tuhan sembuhkn aku punya sakit kepala sebab kepala rasa berat sangat the whole day tu. Thank God. Dah kurang sikit. Kengkwan nasihatkan aku untuk g PK,makan ubat la tapi orang macam aku nie jenis yang sihat sendiri. Tak bergantung pada ubat dan doktor sangat sebab aku tahu in the end dorang akan suggest aku untuk tidur,rehat cukup dan minum air banyak.pfft. Pastu larat la pula aku nak g PK dengan kepala yang berat? Kang terpengsan ke apa ke.. Haha.. 

I really think that UTM should ada doktor in house laa. Yelaa student kol PK je,then doc datang ke bilik student la makesure sama jantina la. Atleast ada nurse peneman ke. Doc buat check kat bilik bagi surat mc dan suruh nurse bagi ubat ke.. Ni tak,yang sakit juga yang nak g PK. Waduh waduh.

Itu cerita hari Rabu. Now hari Khamis. Bangun pagi tadi bersiap untuk kelas OS sama juga. Berpusing dunia nie bila aku bangun ambik towel. Then duduk jap. Baring lagi and goalll terus terlajak terponteng kelas OS. Thankfully OS belajar sikit je pagi tadi pas aku tanya kawan. Untuk kelas kul 11 aku gagahkan diri juga la datang. Tekak dah rasa perit giler masatu. Strepsil berapa biji dah aku makan still xda perubahan.

And klimaksnya petang tadi,aku bangun tidur try bercakap sbb masatu dah perit giler tekak. Huhu. And of course,suara rock yang kuar. HAHA. Mengadu la di twitter then Cik Fai offer untuk beli air asam jawa. And FYI aku bukanlah peminat benda asam macam nie, tapi bile minum tadi whoaa sedap giler. Terus rasa clear anak tekak. But not completely heal la. Tapi getting better. Rumet balik dari test pun tergelak je dengar suara aku. Aku guna bahasa isyarat dan berbisik je ngan dia. Haha. Dia cakap dia rasa pelik sebab takde orang talkative di bilik. Now you appreciate my presence. Haha.

So kesimpulan di cerita sakit saya, jagalah kesihatan anda. Minum air asam jawa kalau sakit tekak.Pesanan ini dibawakan khas untuk anda oleh Lady Viera. ❀◕ ‿ ◕❀

No comments: