Tuesday, 7 May 2013

ღ Kerja Idaman Saya:Beauty Consultant at Etude House ღ

Hey lovelies 。◕‿◕。

Amboi rajin pulak sampai 2 entry sehari.Panjang tajuk entri pula tu. Nak lawan Ben Ashaari ke apa?

So habis semester keempat nie, aku x balik rumah pun. Aku buat short semester di UTM. Sadis x? Sob sob sob. Tak dapat nak menghabiskan duit mak ayah kat rumah berbelanja di bazaar ramadhan. Oh hidup ini. Haha. Pathetic sungguh bunyi. Takpelah. Berbazar di Skudai je la. Tapi kali nie kena super duper jimat laa sbb duit belanja sendiri la katakan. Tak pandai urus kewangan habis la kau. Okay bole je minta kat mak tapi sebelum tu kena sound dulu la ye tak? Blablabla xpandai urus duit..blablabla..beli apa nie ha? blablabla..kalau dah keja nanti apa nak jadi entahla.. Hanya mampu menahan dan mempertahankan diri dari butir peluru M16 dari Sri Aman jika perlu.Kekeke.

Short sem ada 10 minggu lebih kurang la. Tolak cuti raya bagai,tak sampai 10 minggu pun. Acah je tu. Oleh sebab namanya dah short sem so kelas pun short je. Ni testimoni dari akak-akak yang pernah buat short sem la. Dalam seminggu tu ada 2 atau 3 kelas je. Yelah dah subjek pun tak banyak. Hanya 6 kredit je yang dibenarkan. so paling banyak subjek adalah around 2 subjek. And aku decide nak ambik Comp Math dan Computer Science Theory. Comp Math sbb hancuss result haritu. Harap kali ni bole dapat A la trus upgrade sikit result haritu. Mudah-mudahan.Amin. CST pula sbb teori so otak aku memang suka bab-bab teori nie. So boleh la tu. Nanti tahun 3 dah kurang satu subjek aku. Boleh la bersantai di bilik,buat PSM ke,tido ke sementara kengkwan sekelas gigih ke kelas CST.Muahahaha *evil laugh*

Jadi disebabkan kelas sikit dalam masa seminggu, why not I keja part time ye dak? After wandering around tanya lecturers I, PA I, semua cakap macam takde harapan je nak keja dalam UTM. Huuu. Lagipun aku memang tak mengharap nak keja berkaitan bidang sains komputer sbb boring laa.. belajar benda tu masa cuti then kena menghadap benda sama juga ke? aaaahhh tidakk muntah hijau beta. Haha.

My shepherd advise me to keja in UTM juga la senang nak handle transport. Tapi aku seriusly x suka the idea that I have to keja with my lecturers. Haha.I want to work as something else. Something else yang x tension takde kaitan dengan pelajaran. Haha. Apakah? Belajar sains komputer tapi nak kerja as . . . . Beauty Consultant! yes, you read it right! Beauty Consultant at where? Jeng jeng jeng . . . 

Beauty Consultant at Etude House 

 So cute, i know right?

Pelik ke? Hey I'm a lady okay. so apa nak heran kalau kerja as beauty consultant nie. Like all of you know,I'm a nerd (?) and EtudeHolic. Haha. So what? The uniform above is so cute. And can't imagine my cuteness will be overload using that uniform. Goshh. Hahaha.

Will you be stress in this kind of environment? Nooooo wayyy!

I pray and pray that I will have a chance to work here. And can I say that my pray have been answer? Haha. Last week I call asking if there is any availability in Taman Universiti outlet and they say Yess,ada peluang kosong! And they ask me to go for interview ASAP. Actually they ask me to go for interview tomorrow (7 May 2013) but I say I'm still studying so I will go there during my study weeks. Two weeks before my forth semester habis. Haha. Hopefully still available la. If not,have to find other job la which I hope I didn't have to.Amin!

Can't wait for study week~~ Indeed Etude House make my sweetdream comes true! Padahal belum confirm apa-apa lagi. Haha. Pray to God la. Kalau betul Dia benarkan,He will allow it to happen. Teeehhee.

My mom tak banyak hal kali ni bila I minta permission untuk kerja. Dia cakap yang penting jaga nama baik ibu bapa,bangsa,agama dan negara. Okay takleh blah. Macam ucapan PM dah. Nak ganti Rosmah ke mak aku nie? Haha.

I'll update again ya if I manage to get the job. Will go to the interview on 1st June as a part-timer Etude House. Of course will ask the salary per hour and working hours too. Do I need to work on Sunday or not? Hopefully I can have break on Sunday la. Tak kisah la kalau gaji double ke apa sebab aku keja nie pun for fun je. Menambahkan kenalan dan pengalaman dan menggunakan ilmu kecantikan yang aku ada untuk pretty girls di luar sana :)

Ya Tuhan,,permudahkan urusan ku. Amin.









4 comments:

Anonymous said...

So did you get the job and how is the interview? What did they ask? The type of questions they ask. If you got the job, how is working at etude house like? The working environment.

Nrn Sarah said...

Hello there,nk tye ada requirements pape ke nk jd beauty consultant ni?

Amber said...

Hi girl! I'm from KL and currently looking to work as part timer in Etude House as well. May I know how much are they paying per hour? Thanks! :D

Vieraღ said...

Dear all,

Sadly I did not get the job because short while after that the Etude House in Tmn U was closed. They didn't ask me about beauty thinggy but just asking my availability.. During my time, that was 3 years ago, they paid RM5 per hour for part timer.