PhotobucketPhotobucket

Saturday, 31 March 2012

❤ Kite Jumpe Mejar Faiz!



Haa~

Ambik kau gambar sebesar-besarnya kalau boleh.Haha.Kawan aku cakap aku macam artis kat dalam nie.Cehceh.Sebab? Style rambut and bentuk muka.Apakah? Haha. Thnkyou Mejar sbb sudi tangkap gmbar ngn retis picisan mcm kite nie.Auww~Mejar nie sangat hensem tau tak? Secara LIVE tengok memang fuhhh cair beb! *gatal la tu* Haha..senyuman dia very sweet and charming..dulu sebelum jumpa dia LIVE rasa macam ala biase je mejar tu..tak hensem pun..skrg dah jumpa,bapak smart giler.Heheee.Kalau jumpa Dr SMS mau nya kite pengsan tadi.Haha..UTM,next year jemput DR SMS pula k? Haha.



Tadi kite pergi UTMost Imagination  kat Padang Kawad UTM.Event nie memang event tahunan UTM.Jemput orang luar kenal-kenal ngan fakulti di UTM.Sasarannya memang bebudak sekolah menengah la..bebudak matriks Negeri Sembilan pun ada..

Kat event nie,macam Jom Masuk UTM sekaligus ada pameran rekacipta yang kreatif dan inovatif gler.Tp syg kite tak tangkap gambar banyak-banyak td.Tak bawa kamera.Tak expect pun akan pergi sini sebab agak jauh la dari kolej kediaman kita tapi kan pagi tadi ada test programming so alang-alang dah kuar bilik terus kol delivery minta antar g Padang Kawad.Sebab weekend takde bus UTM kat dalam.Bus UTM antar bebudak g UMall and Jaya Jusco je.

Balik dari Padang Kawad,jalan kaki je.Santai. Sebab cuaca pun mendung.Lepas hujan so kita ngan budak comel dari Sabah,si Ain riang ria raya je balik jalan kaki.Tak terasa penat pun.Hehe.

Hari ni sangat seronok.Pedulikan test tu.Yang lepas biar lah.Haha.Yang penting kite dah buat yang terbaik!

Yang PALING PENTING,kite jumpa MEJAR DR FAIZ KHALEED..❤❤❤


Friday, 30 March 2012

Midsem II:Programming Techniques II

Hey sweeties ~

Ehem.Esok pagi ialah midsem paper yang kedua iaitu Programming Techniques II.

Date:31/3/2012
Time:9-11/12 a.m
Venue:DK9 N24 FSKSM UTM

So malam nie adalah malam mode belajar betul-betul.Semalam dah ulangkaji part yang susah-susah.Malam nanti ulangkaji part yang nampak mcm leceh tp very tricky.Hehe.

Dengan keadaan yang separa selsema,huhu.

All is well ^_^




Tuesday, 27 March 2012

Cute Items for SALES ❣

Hey lovelies ツ

Rajin pula cik Viera ni skrg update blog.Yelah,wajah blog yang baru mestila semangat nak update.Ececeh.Padahal takde kena mengena pun.

Okay kali ni nak promote cik Viera punya bisnes.V ada buat neckstrap dan hp strap and keychain masa cuti panjang haritu memang untuk dijual kat online and UTM juga..so,korang boleh support my bussiness dengan menjenguk ke kedai comel saya --->vieracuteshoppe.blogspot.com.

Antara yang V jual sekarang ;





Comel tak ? Ngee~

Nak tengok lagi sila ke sini ya --> Viera Cuteshop 2012 Collection

Sudikan diri untuk membeli dan share ya.Hehe.


Sunday, 25 March 2012

◕ ‿-。 The Vow ❤

Hey dearies ≈



Citer nie ditayangkan di US on 13 Feb sempena Valentine's Day dulu.V ingat dah kuar juga la kat Malaysia so takde chance la nak tengok katakan sebab hanya dapat keluar tengok movie pun last week.

Then,ada kawan ni memang tukang beli surat khabar kiteorg,V nampak la poster citer nie kat paper tu.Masatu memang teruja abis laa! Tengok tarikh kuar kat pawagam Msia 21 March,whooaaa! Ada chance nie,ada chance! Memang eksaited giler ah.Sampai terlompat-lompat depan paper.Hahaha.



Ini kisah benar.True story.Cerita nie mengisahkan sepasang suami isteri Paige (Rachel McAdams) and Leo(Channing Tatum) yang loving habis lah! Then dorang nie terlibat dalam kemalangan. Si isteri,Paige hilang ingatan.Masalahnya si Paige nie just hilang 5 tahun memori dia ke belakang.Yes,ada kes macam tu.Lagi teruk,5 tahun ke belakang,dia masih ngan ex fiancee dia yang super jerk tu.V taknak tahu nama dia sapa.Haha.So korang bayangkan kalau orang yg korg sayang dah kahwin bagai,tetiba hilang ingatan then bila sedar dia ingat kat org lain,yg superjerk lagi tu,yg useless gler dlm hdup dia before sebab korg yg sayang dia mesti tahu kan history dia kan? And sebab korang syg dia sesangat,you will do anything to win their hearts back rite? so macam tu juga ngan suami dia nie,Leo.Dia buat apa saja untuk menangi hati istri dia tu.Kembali ke zaman perkenalan dorang berdua and terpaksa bersaing ngan super jerk in the world.Haha.Macam-macam yang si Leo lakukan and semuanya pasti menyentuh hati korang.So sweet~

Cerita nie bagi V sangat best walaupun V belum tengok lagi.Hahaha. V ingat nak tengok ngan Andy.Yelah dia kan cuti semester selama 3 bulan kat Johor ni so kiteorg ada date nanti.Hehehe,To watch list with my Andy.Ngeh ngeh ngeh. Haha. Habislah,kena bawa banyak tisu nie nanti.Haha. And also bakal kena buli juga sebab nangis tengok muvi. Haha.

V rekomenkan korang tengok citer nie.Sure best punya bagi korang yang suka layan romantik movie.Auww~~


Saturday, 24 March 2012

❤ Aishiteru 2-Zivilia

Hey sweeties 。◕‿◕。


Zivilia dah keluarkan single terbaru diorg iaitu Aishiteru 2 which is sambungan kepada Aishiteru dulu.Personally,V lagi suka Aishiteru yang dulu.More sweet and melodi nya lagi sedap didengar.Lirik pun sangat meaningful bagi couple yang LDR mcm V nie.Huahua.Kantoi :P



Lirik Aishiteru 2-Zivilia
bila cinta tak terbalas
janji hanya tinggal janji
sakit hati yang ku rasa
sekian lama ku menunggu
saat-saat ku bersamamu
dan kini aku kembali
siksa menanggung rindu
semua sia-sia
aishiteru bukti cinta untukmu
namun yang ku beri tak pernah kau hargai
demi cinta kita ku korbankan segalanya
semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan
cinta memang penuh misteri
tiada yang tahu artinya
seperti yang aku rasakan
selalu ingin di dekatmu
dan buat engkau tersenyum
namun tangis yang ku dapat
siksa menanggung rindu
semua sia-sia
ai ai aishiteru bukti cinta untukmu
namun yang ku beri tak pernah kau hargai lagi
demi cinta kita ku korbankan segalanya
semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan, aishiteru
jiwa ini tlah pergi bersama semua kenangan
hampa hidup di dalam luka
ai ai aishiteru bukti cinta untukmu
namun yang ku beri tak pernah kau hargai lagi
demi cinta kita ku korbankan segalanya
semua yang kita lewati selalu ada dalam ingatan, aishiteru


Sangat sedih okay.Huhu.Cinta dorang terputus kat tengah jalan ke? Benci. -.-

Ceh,V pula yang lebih-lebih.Haha.

Okay dah nak cakap tu je.Bahawa V tak suka lagu Aishiteru 2 nie.Darn it.

Friday, 23 March 2012

Pendidikan♕

Hello awaks!

Kali nie nak cerita pasal latar belakang pendidikan pula.Manalah tau ada readers yang pernah bersekolah di tempat yang sama ngan V ke..Hehe.

Awal pendidikan:

Tadika Nanga Mujong,Kapit.
-tak sampai setahun dah kena pindah.Yelah,parents V kan guru so memang biasa dah pindah-pindah nie.hehe.




SK Sungai Menuan,Kapit
-Darjah 1,2,4 dan 5. Sekolah nie terletak di kawasan pedalaman Swak.Staffnya pun ciput je.Nak pergi sana kena guna perahu.Kalau duduk je di perahu takpe gak.Ni kalau part kawasan cetek tu,awak kena turun then sorongkan perahu tu.takut terlekat pula.Dlm istilah bahasa Iban "Berbatak:".Hehe. Sumpah penat,dahla perjalanan lebih kurang 4 jam.Bayangkan.Huhu.Mula-mula tak biasa,sengal sakit badan je bila kali pertama go through something like that.Tapi lama-lama dah biasa.Tak sabar nak terjun dari perahu gara-gara nak berbatak.Haha.Eksaited melebih.


SRB St.Anne,Sarikei
-Darjah 3 berpindah ke sini.Bukan sebab parent tp sebab diri sendiri.nak merasa pengalaman bersekolah kat bandar.Masa kat sini kena bersaing ngan budak Cina so pendidikan tu rasa kualiti sikit la.Hehe.V tinggal ngan auntie V dan anak-anaknya yang merupakan guru juga kat sini.Anak-anak dia merupakan kazen V juga studi kat sini.V sekolah sini tak sampai setahun pun tp pengalaman tu very valuable.Mengajar V lebih berdikari dan bergaul dengan manusia dari bandar yang berbagai perangainya.


 
SK Nanga Bawai

V pindah sini awal bulan Feb 2004 maksudnya V tengah Darjah 6 la masa nie.hee.Ni sebab ikut parent pindah.Kat sekolah ni,takde apa yang special kot sebab v rasa tak sebati ngan sekolah ni dulu.,sekejap je tu lah pasal.Hehe.Hanya lulus cemerlang UPSR je.-->4A1B

SMK Selirik

Kat sini,V grad penuh.Sekolah menengah la zaman paling seronok dan mencabar bagi V.Macam-macam pengalaman yang V tempuh.Suka duka bersama kawan,menerima kenyataan kematian sahabat baik V sendiri,kapel ngan classmate sendiri,crushes and all that high school stuff.Kawan-kawan yang backstab,yang jadi parasit yang sombong egois semuanya ada.Selama 5 tahun kat sini,memang betul-betul mematangkan diri V. ^___^
Kelulusan:PMR (8A),SPM(5A2B2C)

Kolej Matrikulasi Labuan
Melanjutkan pelajaran ke sini selepas tamat sekolah menengah dalam bidang sains fizikal selama setahun or 10 bulan la lebih kurang.Haha.Kat sini lagi dasyat,dengan masalah airnya,hehe.Tapi tak dasyat juga sebenarnya sbb masa batch kami masuk tu,pihak berkuasa dah dapat overcome masalah tu dengan membina tangki besar cuma belum dapat digunakan secara rasmi.Di matriks juga kena struggle,pandai atur masa untuk study dan untuk hal lain.Tapi seriusly kat matriks V takda pun komitmen lain yet still rasa macam padat giler jadual.Haha.Kehidupan di matriks menjadi foundation V menempuh hidup kat UTM skrg. :)
Kelulusan:CGPA 2.90



Universiti Teknologi Malaysia,Skudai JB.
Pursuing my dreams and continue my study in Bachelor of Science Comp(Database System) selama 4 tahun.I will do my best!

♥ Favourite All The Time-Makeup Video♥

Hey lovelies!

Just wanna share with you all my favourite makeup video.Hee.Its so simple and look natural too.Try it!

This girl is so beautiful even without makeup.



ஐMy friends are my memoriesஐ

Hey sweeties!

My friends are my memories.

Secondary Close Friends-Kapit

MY BFF all the time-SMKS
 Jracy,Marlina and Cecelia.

KML Close Friends_Labuan


Geng Church-HOPE




My trio @UTM-Ain,Farah and Win.





















Wajah-wajah di atas adalah wajah-wajah yang menemani hidup saya selama ni,yang rapat,yang tahu rahsia saya,.Bermula dari sekolah menengah,matrikulasi dan sekarang universiti.Kawan datang dan pergi,tapi kami masih berhubung dengan satu sama lain.Thanks to FB.Haha.

Masing-masing dah berbeza path dan jalan hidup serta matlamat.It's okay guys.Nanti kita jumpa lagi.Once masing-masing dah berjaya.I wish you all the best! Rindu korang semua..♥




◕‿-。 The Princess.

Ehem,ehem.


Hai,nama saya Valerie Bukas anak Marcus.You may me call Vie,Viera or Val.Proudly Christian and berbangsa Iban ada kacukan Cina sikit.Saya dilahirkan pada 23 Ogos 1992 di Klinik Nanga Mujong,Kapit,Sarawak pada pukul 8.45 pagi.Ngee ^_^

Seorang gadis yang dibesarkan serba serbi sederhana dan merendah diri.Rasa macam promote diri pula.Haha.But that's the truth dude.Rajin tapi cepat putus asa.Malas tapi bersemangat kental.Itulah saya.

Other girls might think meminati Hello Kitty adalah sesuatu perkara yang sangat childish.But not for me.Hello Kitty sangat comel okay walaupun tiada mulut.Haha.Saya sangat ketagih tahap kronik kalau melibatkan hal Hello Kitty nie.Taktau salah siapa.Haha.Kegilaan Hello Kitty terbukti apabila sanggup menghabiskan duit gaji pertama membeli handphone Hello Kitty Limited Edition yang dikeluarkan oleh Sony Ericsson.



Tengok betapa kiutnya handphone saya dulu? Haha. Dibeli pada tahun 2010,April dan meninggalkan dunia pada Februari 2011.Tak sampai setahun pun riwayat si comel nie.Apa boleh buat.Yang penting saya mempunyai masa yang sangat hebat bersama si comel ni ketika hayat dia.*Amboi,ayat*

Selain Hello Kitty,saya juga seorang peminat pink yang tegar.Sangat tegar sampai sanggup beli laptop kaler pink juga.Zaman 2009,satu-satunya laptop yang berwarna pink ialah keluaran SONY VAIO.Sanggup beli gara-gara ketegaran terhadap pink.Haha.Saya mampu beli SONY VAIO sebab ada biasiswa masa tu.Hee.

Show Off :P

Kajian selama 25 tahun dari Dr.Fadzilah Kamsah.Renungkan dan selamat beramal!
OGOS
  • suka berlawak
  • mudah tertawan kepadanya
  • sopan santun, caring terhadap orang lain
  • berani dan tidak tahu takut
  • agak tegas dan bersifat berkepimpinan
  • pandai memujuk
  • terlalu pemurah dan bersikap ego
  • nilai harga diri sangat tinggi
  • dahagakan pujian
  • semangat juang yang luar biasa
  • cepat marah dan mudah mengamuk teruma cakapnya dilawan
  • sangat cemburu
  • daya permehatian tajam dan teliti
  • cepat berfikir dan berdikari
  • suka meminpin juga dipimpin
  • suka barangan-angan
  • berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
  • sangat sensitif tetapi tak mudah merajuk
  • mudah mendapat penyakit
  • sentiasa belajar untuk relax
  • kelam kabut
  • romantik, pengasih dan penyayang
  • suka mencari kawan
Yang saya boldkan,memang betul ada dalam diri saya.Hihi. Overall,saya sorang gadis yang manja,suka menghiburkan orang di sekeliling saya,sangat prihatin dan penyayang especially terhadap haiwan iaitu kucing.Okay patutlah gila Hello Kitty sangat.Haha.

Saya seorang gadis yang very open minded dan suka explore banyak benda baru.Sikap curiousity saya juga sangat tinggi.Aprt from that,saya seorang yang banyak cakap.Haha,tu pun kalau dengan orang yang saya selesa.Suka berterus terang,sangat jujur dan setia.Ceceh.Haha.

Saya suka menyanyi.Di UTM,saya merupakan ahli koir UTM.As a suprano.Haha.Masa kecik-kecik dulu pun selalu join pertandingan menyanyi.Tapi masuk alam sekolah menengah saya dah takda passion ngan nyanyian secara public.Saya prefer senyap je.Pemalu and very low confident di awal alam sekolah menengah.
♬ Sepasang sayap tak terlihat ♬



Nak tengok transformasi wajah saya sepanjang zaman? Haha.Jum jum! Saya ada koleksi gambar untuk tahun tertentu je sekarang.Kalau ada masa and dah cari semua version diri saya dalam various years,saya akan update lagi k.Hehe.

Kecik-kecik dah pandai posing.Haha.



Rasanya umur saya masa nie 3/4 tahun.Girl with a big red sunglass.Kalah Victoria Beckham.Haha.


Umur saya masa nie pula 5 tahun for sure.Sebab dah ada memori masa nie.Hehe.Muka yang sangat pure gler.Haha.

Terserlah muka kecinaan aku kat sini.Muahaha.


                                        With my two lil brothers.Umur:10 tahun.Darjah 4.Ngee.

Games: Find me! Haha
Ini gambar kelas untuk Tingkatan 1 SMK Selirik Kapit. Korang carilah wajah suci saya kat situ ye.Siapa dapat,boleh redeem hadiah kat saya.Haha.


Sila cari wajah saya yang control ayu kat dalam gambar.Hint: barisan depan.haha.Sumpah lawak kalau tengok gambar dulu-dulu.Saya sangat low confiden masa masih di lower form.Muehehe.Lepas upper form barulah yakin sedikit.Biasalah tu.Awal remaja la katakan.Haha.Tahun 2006,tingkatan 2.


Saya bersama salah seorang sahabat baik saya,Jracy.Wajah ketika form 4.Tahun 2008.Belum cukup hot lagi masa nie.Masih hingusan.Haha.

                                       Hari terakhir di SMK Selirik.Tamat Tingkatan 5,2009.


Hari pertama masuk Matrikulasi.

Semester kedua di Matrikulasi,2011.Sumpah muka serabai nyeee~~

Minggu Transformasi di UTM SKudai.


Model KFC 2011.

Model Nasi Ayam 2012.
Okay,beginilah rentetan wajah saya sepanjang masa,Hihi.Dari pure innocent yang tak tahu bermekap sampai jadi gadis yang cantik disukai ramai sekarang.*Wahh,perasan nya!* Haha.

Tapi betullah cakap lecturer saya semasa di matriks dulu bahawa masa gadis  dari 18 tahun ke 25 tahun adalah masa gadis itu paling menyerlah.Kira macam nampak manis dan serinya lah.Hee.Look at me now,berseri-seri tak? Haha.




Transformasi dan Assignment◕‿◕。

Hai lovelies!



Whoa,dah akhir bulan Mac baru kau nak update blog ke Vie? Ayoyo.Hebat mu.Haha.Well,well,well~~

Ni pun blog dah transform dengan header bertempek muka sendiri yang taktau malu dan footer juga muka sendiri yang tersenyum kambing.Haha.Thanks to Lyssa Secret sbb banyak tutorial dia yang membantu V kali nie.Dalam kesuntukan masa sebenarnya nak transform blog nie untuk Web Programming assignment.Huehue.

Nak buat baru,leceh la.Kena menghadap coding balik.Kalau ada masa seminggu which is seminggu tu memang V free 24 hours,mungkinlah boleh.Ni berapa hari je,ada juga komitmen kat perkara so last-last guna je blog yang sedia ada then edit apa yang patut.Hoho.

Untuk assignment Web Programming nie,kami kena letak entry pasal diri sendiri,famili dan kawan-kawan.Nak citer pasal boyfriend boleh? Haha. *gatal*

Kami kena upload gambar dan videos.Yang videos nie aku takut sikit.Takut blog jadi berat sebab tu.Hee.Tapi demi assignment,aku gagahkan juga mengupload nanti.Nak letak video apa eh? Tutorial mekap boleh? Haha.

Okay,sekian je,entry intro pasal assignment web nie.Lepas ni followers aku bakal dihadapkan dengan entry yang terskema di dunia.Muahahaha~

Thursday, 1 March 2012

March :)

Hai hai hai !



Sem II dah bermula di UTM dengan baik.Ececeh.Azam sem II kali nie,memantapkan kerohanian diri.Itu penting.Run with Jesus ♥ Then,study well.Notes kena mula buat dari awal.No last minutes.Same goes with assignments.So far,dah dua minggu belum ada assignments lagi.Sangat relaks ya.Haha.

And all I can do is revise,revise and revise.

Semalam serius sumpah kepala serabut.Dengan macam-macam hal.Tidur,ingat boleh lupakan masalah.Tapi tambah teruk.Nak citer kat sini la masalah tu.Hihi.

1)OGM PERSAKA ke-6
 Since aku merupakan S/U untuk Persaka and untuk program nie,so kena handle surat-menyurat,tentatif dan teks emcee.Segala nya dah siap masa cuti haritu.The problem is the pengarah program.Dah berapa kali aku asak dia suruh buat paperwork cepat-cepat tapi masih juga lembap.Huh.Last-last,aku juga yang kena setelkan.Pening kepala den.Tu yang mengamuk kat Twitter,eceli takdelah mengamuk sgt cuma lepas geram je.Hihi.

2)MATR '11
Program ni anjuran JKM Kolej Tun Razak.Kolej tempat aku tinggal sekarang.Aku dilantik jadi K/U Unit Protokol.Sebenarnya takde masalah pun unit aku.Cuma kena sedia tentatif,teks emcee dan teks VIP.Tak jadi masalah sgt pun benda tu sebab boleh google.Haha.The problem is,MATR nie clash dengan hari pembatism air aku.Aku takut nanti dalam dilemma pula walaupun program nie mula malam tapi atleast petang dah boleh tolong orang kat hotel.Kalau disuruh pilih pun,aku akn pilih pembatism air aku tu.Biarlah aku lepaskan tanggungjwab kat anak-anak buah aku on that day.Tapi,kalau boleh taknak juga gitu.So,the only hope,aku harap program nie ditangguhkan.Ditunda lambat sikit,after the day aku lalui pembaptism air aku atleast.Hehe.

Dua benda ni sangat mengganggu fikiran aku semalam.Korang tak kan nampak la betapa rumitnya sebab tak melalui kan kan ? Haha. 

Then,try tidur petang kot boleh reduce masalah tapi nampak gayanya makin berat kepala otak.



Then,teringat : my relationship wif HIM lately,I'm rarely talking to HIM so I meditate before sleep.Cerita segala masalah kat DIA.Lepas tu rasa sangat tenang.

Next day,pengarah PERSAKA buat meeting.Inform yang OGM akn ditangguhkan ke 14 March.Aku rasa segala beban aku dah lepas separuh badan masatu.Taktau kenapa walaupun aku tak mengharap pun OGM tu akn ditangguh cuma,entahlah.Atleast adalah masa untuk prepare kerja-kerja yang belum siap tu.

MATR'11 pula,ada ura-ura mengatakan akan ditangguh.Aku doakan.Amin.Haha.Bukan jahat okay? Masalahnya program tu belum dapat kelulusan HEMA pun.Zero bajet.So unit cenderahati nak gerak macam mana? Nak cari hadiah? Betul tak? Unit aku takpelah.Tak perlukan ongkos.Hihi.

Apa-apapun,aku harap MATR'11 ditangguhkan ke tarikh selepas pembatism aku tu.Amin. ^^

What I've learnt these few days:


Next,aku tolong my boyfie design poster untuk assigment terakhir komunikasi dia.Kena design poster untuk sesuatu produk.And I come out with produk jam yang boleh bertukar tali ikut mood.Cewah.Haha.



Nak tengok tak?










Betul nie ?


















Nah,kan kite dah cakap,it is way tooooooooooo pink! Haha.Sapa suruh kalau peminat pink tegar buat poster memang cam nie la jadinya. Ceh,alasan. Haha. Sorry ye sayang,too pinkiush. Dahla produk nie memang produk lady,so wajarlah pink jadi tema.Aku taktau la macam mana boyfie aku akan tunjuk poster nie kat lecturer and kwan-kawan dia.Haha.Lantaklah.Yang penting aku dah buat sehabis baik.
And ya,number tu bukan number sebenar k.Aku reka je. :P
I really hope it is okay with him.Dia belum tengok lagi katanya.Haha.

Till then,welcome March! ♥